Kelantan kekal catat kluster komuniti tertinggi

September 16, 2021 · Isu semasa

Kelantan kekal menjadi negeri yang merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 dalam komuniti tertinggi apabila hari ini merekodkan lima kluster baharu membabitkan 65 individu, berbanding empat kluster yang dicatatkan semalam.

Satu lagi kluster komuniti dicatatkan di Seri Mahkota Aman, Kuantan, Pahang membabitkan 26 individu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 21 kluster baharu dikesan di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan 5,228 kluster dengan 3,822 telah ditamatkan dan 1,406 masih aktif.

Daripada jumlah itu, katanya, sembilan kluster membabitkan jangkitan di tempat kerja dengan enam daripadanya di Johor, dua di Perak dan satu di Terengganu.

“Dalam tempoh sama, dua kluster kumpulan berisiko tinggi di Kelantan dan Perak; tiga kluster pendidikan di Kedah, Perak dan Pahang, serta satu kluster pusat tahanan di Johor,” katanya.

Sementara itu katanya, seramai 16,939 pesakit disahkan sembuh hari ini menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 1,800,278 kes atau 87.8 peratus daripada kumulatif jangkitan positif sebanyak 2,049,750 kes.

Beliau berkata daripada 18,815 jangkitan baharu hari ini, 222 kes atau 1.2 peratus membabitkan kategori 3, 4, dan 5, manakala 18,593 kes atau 98.8 peratus adalah kategori 1 dan 2.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini 1,222 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 913 kes disahkan Covid-19, manakala 309 kes lagi masih dalam siasatan dan disyaki atau mungkin dijangkiti virus itu.

Katanya, seramai 710 pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan dengan 422 kes disahkan Covid-19, dan 288 kes lagi masih dalam siasatan dan disyaki kemungkinan dijangkiti Covid-19,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
19 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok