RM333 juta penyelesaian 1MDB akan dibayar KPMG

September 16, 2021 · Isu semasa

Persetujuan dicapai dengan KPMG yang bersetuju untuk membayar penyelesaian RM333 juta (AS$80 juta) berhubung semua tuntutan yang berkaitan dengan tanggungjawab fidusiari mereka dalam pengauditan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tempoh 2010 hingga 2012.

Kementerian Kewangan mengumumkan keputusan tersebut dengan KPMG, bernilai lebih daripada 800 kali ganda fi audit yang diperoleh KPMG, adalah salah satu penyelesaian berkaitan 1MDB yang terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata: “Ini membuktikan tekad Kerajaan Malaysia untuk meneruskan segala usaha pemulihan terhadap semua pihak yang terlibat dalam 1MDB dan entiti yang berkaitan dengannya.

“Kerajaan Malaysia akan memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap semua individu atau entiti yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, di dalam skim global 1MDB ini,” katanya lapor Bernama.

Penyelesaian ini akan mengakhiri tuntutan sivil yang difailkan pada 6 Julai 2021 terhadap KPMG, ini akan mempercepatkan penyelesaian tersebut yang akan digunakan untuk memenuhi obligasi 1MDB yang tertunggak dan menjimatkan sumber awam daripada segi kewangan dan tempoh masa pengadilan.

Penyelesaian ini tidak akan memberi kesan atau menjejaskan tuntutan Malaysia terhadap individu seperti Jho Low dan pihak lain yang berkaitan dengannya dan individu masih diburu oleh pihak berkuasa berhubung dengan skandal kewangan 1MDB.

Kementerian Kewangan ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara, badan pengawal selia dan agensi penguatkuasa yang terlibat atas usaha mereka dalam mencapai penyelesaian itu.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok