75.4 peratus populasi dewasa lengkap suntikan vaksin Covid-19

September 15, 2021 · Isu semasa

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan Februari lalu sehingga semalam telah melepasi 39.23 juta dos, menurut data terbaharu dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), hari ini.

Daripada jumlah itu 75.4 peratus atau lebih 17.65 juta penerima dewasa melengkapkan suntikan masing-masing sama ada vaksin dua dos atau vaksin tunggal.

Data itu juga menunjukkan 92.2 peratus atau lebih 21.64 juta populasi dewasa lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan telah melepasi nilai ambang 60 peratus populasi dewasa yang menerima suntikan.

Namun sehingga semalam, lima negeri – Pahang, Perak, Kedah, Kelantan, dan Sabah – kekal merekodkan antara 51.9 peratus dan 58.8 peratus populasi dewasa yang melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Semalam sahaja, 243,971 dos vaksin diberikan di seluruh negara membabitkan 71,658 penerima dos pertama dan 172,313 penerima melengkapkan dos kedua.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
10 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
10 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok