Muhyiddin ambil bahagian dalam PRU15, enggan biar kleptokrat berkuasa

September 10, 2021 · Politik

Walaupun sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri (PM), namun itu tidak melunturkan semangat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tetap akan mengambil bahagian dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bersama parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

Presiden Bersatu itu berkata masih mempunyai tanggungjawab walaupun sudah meletak jawatan sebagai PM dan tidak akan berdiam diri tanpa melakukan apa-apa melihat parti yang diterajuinya tanpa nakhoda.

“Saya boleh memilih untuk berdiam diri dan tidak melalukan apa-apa selepas saya meletak jawatan. Lagipun, saya telah berusaha sedaya upaya saya untuk mempertahankan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional.

“Tetapi saya masih mempunyai tanggungjawab sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional,” katanya semasa memberi amanat sempena sambutan ulang tahun Bersatu ke-5 malam ini secara maya dalam Facebook.

Muhyiddin berkata keputusan segera perlu diambil ketika itu walaupun jawatan PM yang dipegangnya dilepaskan, namun demi memastikan kerajaan tidak jatuh kepada pembangkang yang bekerjasama dengan kleptokrat beliau perlu berfikiran rasional dan memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai penggantinya.

“Apa jadi kalau saya dan semua Ahli Parlimen Bersatu tidak mengambil apa-apa pendirian dalam pemilihan Perdana Menteri yang baharu dan pembentukan kerajaan selepas itu?

“Pertama, keadaan politik negara akan terumbang-ambing kerana suasana pada ketika itu menunjukkan tidak ada sesiapapun yang mendapat sokongan majoriti. Kedua, Pakatan Harapan dengan sokongan kumpulan kleptokrat berkemungkinan kembali menjadi kerajaan dan Bersatu menjadi pembangkang,” katanya lagi.

Jelas Muhyiddin, perbincangan untuk mencalonkan Ismail Sabri dibincang bersama dengan pimpinan parti dalam PN dan bukan diputuskan oleh UMNO secara bersendirian.

“Saya berfikiran rasional. Kerana itu saya telah berbincang dengan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu dan pimpinan parti-parti dalam Perikatan Nasional iaitu PAS, STAR, SAPP dan GERAKAN serta pucuk pimpinan parti rakan kita iaitu GPS dan PBS supaya mencalonkan YAB Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang baharu,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, keputusan yang dibuat PN itu bagi mengekalkan status quo kerajaan sedia kekal tetapi hanya PM sahaja bertukar, namun menegaskan PRU perlu diadakan dengan segera sebaik keadaan negara kembali selamat.

“Dengan itu, Bersatu dan parti-parti komponen Perikatan Nasional akan terus berada dalam Kerajaan untuk meneruskan usaha-usaha memulihkan negara sehinggalah tiba suatu masa pilihanraya dapat diadakan dengan selamat dan mandat dikembalikan semula kepada rakyat untuk memilih Kerajaan yang baharu,” katanya.

Apabila tiba PRU15 tiba nanti, Muhyiddin menegaskan akan mengemudi partinya mengambil bahagian dalam PRU dan menaruh yakin akan dapat kembali semula menjadi dominan di Putrajaya nanti.

“Pada masa itu, Perikatan Nasional dan saya sebagai Pengerusinya akan mengambil bahagian dalam Pilihanraya.

“InsyaAllah, dengan izin Allah dan sokongan rakyat, we will make a comeback!” katanya.

Terdahulu pada 16 Ogos lalu, Muhyiddin mengumumkan keputusannya meletakkan jawatan sebagai PM selepas hilang majoriti dan cadangan kerjasama bipartisan juga tidak mendapat sokongan parti politik pembangkang.

Pembangkang ketika itu terlalu taksub dan percaya dengan janji Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya memiliki majoriti tetapi akhirnya ditipu anak muridnya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ucapan penuh di ruangan Rencana Agenda Daily

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Tawaran kerjasama cadangan progresif, politik bertamadun: Nazri
August 13, 2021
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Calon PH di Pulai yakin akar umbi UMNO akan sokong dalam PRK
August 27, 2023
Tidak wajar pecat-memecat berlaku dalam UMNO, kata Shahidan selepas Tajuddin disingkir
June 25, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok