Vaksinasi kepada remaja 12 hingga 17 tahun bermula hari ini

September 8, 2021 · Isu semasa

Remaja di Lembah Klang – Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya – dan Labuan, berusia 12 hingga 17 tahun yang berisiko tinggi dan mempunyai penyakit kronik, akan mula menerima vaksin Covid-19 selepas Sarawak selesai melaksanakan vaksinasi kepada golongan itu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah memberi kebenaran pelaksanaan vaksinasi terhadap remaja terbabit.

“Vaksinasi remaja di Sarawak bermula hari ini. Ia bermula dengan remaja berumur 16 dan 17 tahun dan berumur 12 hingga 15 tahun yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit kronik.

“Ia akan diikuti oleh Labuan dan Lembah Klang tidak lama lagi. Kita akan memberikan vaksin jenis Pfizer,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Hari ini, kumpulan pertama daripada 76,400 remaja di Sarawak menerima suntikan vaksin mereka dalam usaha melengkapkan vaksinasi sebelum sesi persekolahan bermula 3 Oktober depan.

Pelancaran program vaksinasi kepada remaja di Sarawak dilakukan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Pada peringkat awal, program imunisasi untuk remaja akan menyasarkan dua kumpulan sasar iaitu semua remaja berusia 12 hingga 15 tahun yang berkomorbid dan remaja berusia 16 hingga 17 tahun.

“Kita menyasarkan remaja 16 hingga 17 tahun akan lengkap divaksinasi dua dos sebelum sesi sekolah bermula pada 3 Oktober… ini adalah sasaran kita dan dijangka lengkap pada minggu keempat Oktober,” kata Abang Johari di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan Telaga Air di Kuching.

Beliau berkata, selain itu klinik kesihatan juga pada masa sama akan memberikan perkhidmatan imunisasi kepada pelajar asrama yang masih berada di kampung termasuk remaja tidak lagi bersekolah.

Sementara itu katanya bagi bahagian Kuching, sebanyak 69 buah sekolah terlibat dengan 20,990 pelajar berusia 16-17 tahun akan menerima vaksin Covid-19 mulai 8 September.

“Bagi kawasan luar bandar, Program Outreach Imunisasi Covid-19 Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak melalui Pejabat Kesihatan Bahagian akan ke sekolah yang terlibat untuk memberikan imunisasi kepada murid dan pelajar berusia 12 hingga 17 tahun.

“Ia terutama di bahagian Kapit melibatkan 16 buah sekolah dengan 9,334 pelajar dan bahagian Miri melibatkan dua buah sekolah meliputi 207 pelajar, ini adalah untuk program outreach sahaja,” katanya.

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Tahun 2021, jumlah populasi remaja berusia di antara 12 hingga 17 tahun di Sarawak adalah seramai 289,200 orang merangkumi 10.3 peratus dari keseluruhan populasi Sarawak.

Daripada jumlah itu kumpulan remaja berusia 16-17 tahun adalah seramai 96,400 meliputi 3.4 peratus populasi penduduk Sarawak manakala kumpulan remaja berusia 12 hingga 15 tahun seramai 192,800 atau 6.9 peratus.

Berita berkaitan
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023· Uncategorized
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Akaun FB rasmi Mat Sabu digodam : Pejabat menteri
June 13, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
20 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok