Akta MKN 2016: Mahkamah tolak saman pemula Anwar

September 7, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman pemula difailkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta MKN 2016).

Peguam J Leela, yang mewakili Anwar memaklumkan perkara itu kepada Bernama selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid hari ini yang turut disertai Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy bertindak bagi pihak MKN dan kerajaan selaku defendan.

Leela berkata Hakim Ahmad Kamal menolak saman pemula itu tanpa perintah untuk kos berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa Akta MKN 2016 adalah sah dan berperlembagaan.

“Mahkamah Persekutuan pada 6 Ogos telah mengeluarkan perintah supaya kes saman itu dilupuskan di Mahkamah Tinggi dan berdasarkan perintah tersebut, Hakim Ahmad Kamal menolak saman pemula berkenaan,” kata peguam itu.

Dalam keputusan majoriti 5-2, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Akta MKN 2016 adalah sah dan berperlembagaan selepas menjawab persoalan perundangan mengenai keperlembagaan akta itu yang dibangkitkan Anwar berkaitan saman pemula tersebut.

Persoalan perundangan itu didengar semula selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 September tahun lalu membenarkan permohonan Anwar untuk mengetepikan satu keputusan majoriti pada 11 Februari yang enggan menjawab persoalan Perlembagaan berhubung kesahan akta berkenaan.

Pada 11 Februari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 5-2 enggan menjawab persoalan perlembagaan yang dibangkitkan Anwar mengenai MKN.

Anwar memfailkan saman pemula pada 2016 untuk mencabar perlembagaan MKN, dengan mendakwa pelaksanaannya tidak berperlembagaan dan menamakan MKN dan kerajaan sebagai defendan.

Pada 14 Mac 2019, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Anwar mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk perkara itu ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan Perlembagaan.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
3 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
3 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok