Kluster Mahkamah usah campur aduk perbicaraan dengan politik

April 4, 2021 · Politik

Kumpulan daripada Kluster Mahkamah yang kini berdepan pengadilan, tidak patut mencampuradukkan kes dan perbicaraan mereka dengan perjuangan politik kepartian

Veteran UMNO, Tan Sri Rais Yatim ketika memberi nasihat itu berkata, apa sahaja bentuk dakwaan atau kes mahkamah yang dihadapi hendaklah dijawab di mahkamah.

“Apa yang sedang dihadapi dalam bentuk dakwaan atau kes di mahkamah, jawablah di mahkamah. Hadapilah kes di mahkamah dan selesaikan dulu. Politik biar berjalan atas landasan untuk kesejahteraan rakyat. Jika ada pelbagai syarat dikenakan, ini tidak adil kepada sistem kita,” katanya di Seremban, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Negara itu juga berkata, Malaysia tidak lagi memerlukan ramuan politik yang bersifat dominasi, tetapi mestilah menjurus kepada kepentingan ramai.

Katanya, jika ada parti yang bersifat dominan, maka ia dilihat sebagai satu bentuk kekejaman dan boleh mengetepikan kepentingan rakyat.

“Tidak perlu ada mana-mana parti yang bersifat dominan walaupun sesebuah parti itu mempunyai jumlah keahlian ramai. Ini pandangan saya setelah berkhidmat di bawah semua Perdana Menteri sejak pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman sehingga sekarang.

“Apabila sudah berkuasa selalu bersifat sombong, semua perlu mencari ramuan baharu,” katanya menyokong usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperkenal ramuan baharu politik tanpa dominasi mana-mana parti.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada perhimpunan agung MIC berkata, tidak ada mana-mana parti yang boleh mendakwa mereka parti yang paling dominan dan lebih berhak untuk memegang tampuk kuasa dengan memperkecilkan peranan parti lain.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN dan Presiden Bersatu berkata, dalam era politik baharu sekarang, semua parti mempunyai peranan dan sumbangan yang sama penting untuk menjaga kebajikan rakyat dan memajukan negara.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
11 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Jika mahu jadi PM paling singkat, bubarlah Parlimen: Mahfuz
June 5, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok