Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman

September 5, 2021 · Isu semasa

Pekerja kontraktor Petronas di Kompleks Bersepadu Pengerang yang ditahan polis semalam, selepas disyaki menipu menyebarkan berita palsu kematian 14 ahli keluarganya akibat Covid-19, didapati meraih sumbangan berjumlah RM91,000.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menahan suspek berumur 45 tahun itu pada jam 10 malam tadi, selepas lelaki itu hadir di Balai Polis Bayu Damai, dipercayai ingin membuat laporan penjelasan berhubung sumbangan diterimanya itu.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek setakat ini dipercayai menerima sumbangan RM91,000 daripada orang ramai yang bersimpati dengan ceritanya itu.

“Hasil maklumat dan siasatan mendapati suspek menyebarkan berita palsu berkenaan 14 ahli keluarga meninggal dunia akibat Covid-19 bagi mendapatkan sumbangan derma sejak Jun lalu.

“Suspek kini direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum hingga 10 tahun serta sebatan dan boleh juga dikenakan denda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Petronas dalam kenyataan menafikan dakwaan seorang individu yang juga kakitangan kontraknya kehilangan 14 ahli keluarga akibat Covid-19 dan dia ditahan polis kerana menipu.

Kenyataan itu dikongsikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman sosial Twitter miliknya, semalam, dan bertitah, pihak atasan menasihati Petronas mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Berdasarkan maklumat yang tular menerusi media sosial WhatsApp dan Facebook, lelaki itu mendakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga mulai Jun lalu hingga bulan ini akibat pandemik.

Mesej tular terbabit menyatakan suspek yang mempunyai lapan anak kehilangan isteri dan tiga anaknya pada Jun dan Julai lalu, manakala pada 2 September, lima lagi anaknya bersama ibu, kakak dan abang ipar serta dua anak mereka turut meninggal dunia.

Mesej itu juga turut memuatkan nombor akaun lelaki berkenaan bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan khairat kematian keluarganya itu.

Perbuatan menyebarkan maklumat palsu menimbulkan kemarahan orang ramai terutama yang prihatin dengan nasib malang dikatakan menimpa lelaki berkenaan.

Semalam Petronas mengesahkan seorang pekerja kontraktornya di Kompleks Bersepadu Pengerang ditahan pihak berkuasa untuk siasatan atas dakwaannya kehilangan ramai ahli keluarga disebabkan Covid-19.

Dalam kenyataan media malam tadi Petronas berkata lelaki terbabit juga ditahan bagi membantu siasatan berhubung sumbangan yang diterimanya selepas membuat dakwaan itu.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
5 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok