Gagal jadi PM, PKR kecewa pula Anwar tak dilantik Pengerusi MPN

September 4, 2021 · Politik

PKR kecewa apabila Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah gagal menjadi Perdana Menteri (PM) sebelum ini, kini pula tidak dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang tidak berpuas hati selepas pengumuman lantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin nampaknya masih cuba mencetuskan kemelut politik apabila mempertikaikan keputusan kerajaan memberi jawatan tersebut kepada mantan Perdana Menteri tersebut.

“Bukan akan ada kecenderungan mantan PM akan cuba mempertahankan legasinya dan bukan menilainya secara objektif?

“Justeru, mengapa perlu Muhyiddin diberi tempat di dalam kerajaan Ismail Sabri – melainkan tujuan survival politik Ismail semata-mata? Sampai bila rakyat dan negara perlu menjadi korban kepentingan politik?” kata beliau yang juga pengikut fanatik Anwar tidak berpuas hati dengan pengumuman tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin nampaknya cuba mengubah naratif berhubung penipuan yang dilakukan oleh bosnya, Anwar yang kononnya memiliki majoriti untuk menjadi PM tetapi akhirnya ditipu oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Komplot untuk menjatuhkan Muhyiddin juga dimulakan oleh Zahid yang menganggap cikgunya, Anwar sewajarnya dilantik PM kesembilan namun sebaliknya yang berlaku apabila UMNO membuat keputusan untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hari ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, mengumumkan pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN bertaraf Menteri, seperti diputuskan Jemaah Menteri, pada Rabu lalu.

Zuki yang juga setiausaha Jemaah Menteri berkata, pelantikan itu dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19.

MPN ditubuhkan kerajaan semasa era pentadbiran Muhyiddin pada 16 Julai lalu bagi menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN).

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok