PAS yang tak berhasrat tamatkan kerjasama dengan UMNO

April 4, 2021 · Politik

Shahril Sufian Hamdan yakin PAS tidak berhasrat untuk menamatkan kerjasama dengan UMNO yang terjalin dalam Muafakat Nasional (MN) walaupun spekulasi bertiup kencang hubungan antara kedua-dua parti itu bakal berkubur.

Hubungan UMNO-PAS dilihat tegang susulan keangkuhan kenyataan pemimpin UMNO semasa Perhimpunan Agung baru-baru ini, namun Ketua Penerangan UMNO itu berkata PAS sebaliknya masih memberikan komitmen mereka untuk mempertahankan kerjasama dalam MN.

“Saya ambil tafsiran yang paling positif iaitu daripada kenyataan Presiden PAS dan Timbalan Presidennya sebelum ini yang mana mereka menegaskan masih mahu mempertahankan dan memperkukuhkan Muafakat Nasional.

“Jadi, itu satu isyarat yang bagi saya menunjukkan apa sahaja pendirian PAS mengenai Bersatu berkenaan dengan PN (Perikatan Nasional), mereka tidak ada lagi hasrat untuk berpisah daripada UMNO,” katanya dipetik Bernama.

Kenyataan Shahril itu hadir selepas kritikan pedas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan parti itu menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada MN.

Hadi juga berkata mereka menolak muafakat tanpa ada sikap bersatu serta kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara, dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa.

Mengulas lanjut, Shahril menaruh harapan agar kedua-dua parti berlapang dada serta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan UMNO-PAS bagi merealisasikan agenda pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Bersatu, PAS bincang strategi hadapi PRU15
April 4, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok