Kit Siang setuju CSA dengan kerajaan diterajui PM dari UMNO

September 2, 2021 · Politik

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang sebelum ini menolak Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) yang ditawar Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi kini menyokongnya pula dibawah pentadbiran diterajui Perdana Menteri (PM) baharu dari UMNO.

Bapa Lim Guan Eng itu berkata langkah pemeteraian itu perlu dilakukan segera antara kerajaan diterajui Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan blok pembangkang jika ia mampu mengembalikan kestabilan politik negara yang sudah menukar PM sebanyak dua kali.

“Saya menyokong idea persefahaman CSA antara kerajaan dan pembangkang.

“Malah, sejak lebih dua bulan yang lalu, pada 17 Jun, telah saya mencadangkan supaya moratorium politik dilaksanakan untuk memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi terhadap usaha bagi memenangi perang melawan wabak Covid-19 serta memastikan kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia tidak melepasi paras 5,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, DAP bagaimanapun bersama gabungan blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) menolak mentah-mentah CSA yang lebih awal ditawarkan oleh Muhyiddin sebelum peletakan jawatannya pada 16 Ogos lalu.

Menurut Kit Siang, gencatan politik akan dapat membantu negara dapat menumpukan kepada isu pokok iaitu menangani krisis kesihatan Covid-19.

“Saya menyeru pelaksanaan moratorium politik supaya negara dapat memberikan tumpuan tunggal untuk mengatasi “ancaman eksistensial” akibat daripada penularan wabak Covid-19,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Kit Siang melihat peluang untuk CSA dimerterai semakin cerah antara kerajaan dengan pembangkang.

“Saya juga menyeru pembaharuan Parlimen dan visi baharu berhubung peranan yang boleh dimainkan oleh Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk memenangi peperangan melawan wabak Covid-19.

“Rakyat Malaysia tidak ingin melihat krisis perlembagaan berlaku dalam apa jua bentuk, tetapi mahu setiap rakyat Malaysia, termasuk yang berjawatan dalam Eksekutif dan Badan Perundangan untuk tetap fokus dalam mencapai matlamat untuk memenangi peperangan melawan pandemik Covid-19 – dan ini harus menjadi fokus utama negara, tidak kira dalam tempoh setahun atau dua tahun,” ujarnya lagi.

Perjanjian CSA terlebih dahulu ditawarkan Muhyiddin dalam ucapan ‘Bersama Memulihkan Negara’ sebelum ini namun, cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh blok pembangkang yang pada terlalu yakin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dapat menjadi PM yang baharu tetapi malangnya tiada majoriti.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023
Azalina cemar nama baik institusi perundangan negara, kata PN Selangor
August 29, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok