Gelombang baharu Covid-19 di Sabah semakin membimbangkan

September 1, 2021 · Isu semasa

Jumlah peningkatan kes baharu Covid-19 di Sabah menimbulkan kebimbangan gelombang baharu penularan virus membunuh tersebut, kata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Susulan peningkatan kes baharu di Sabah, beberapa hospital terpaksa mengambil langkah tambahan untuk meningkatkan kapasiti merawat pesakit Covid-19, kata Pengarahnya, Dr Rose Nani Mudin.

Beliau berkata, Hospital Duchess Of Kent, Sandakan antara yang mengambil langkah proaktif dengan membuka lebih banyak wad untuk menampung pesakit Covid-19 yang memerlukan oksigen.

“Sehubungan dengan itu, wad perempuan perubatan Hospital Duches Of Kent yang mempunyai 38 katil dijadikan wad Covid-19.

“Hospital berkenaan mempunyai 166 oksigen port dan 42 tangki oksigen yang mempunyai kapasiti 3,000 liter dan 6,000 liter.

“Selain itu, bagi menampung keperluan oksigen di hospital berkenaan, sebanyak 10 tangki oksigen dari Hospital Kinabatangan dan 20 tangki oksigen dari Hospital Beluran turut dihantar ke sana,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Dr Rose Nani berkata Sabah sudah mencapai sasaran 40 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin Covid-19 sempena sambutan Hari Kebangsaan semalam, manakala 59.1 peratus penduduk menerima satu dos vaksin.

Bagaimanapun, katanya usaha masih diteruskan untuk memastikan semua penduduk dewasa di negeri ini mendapatkan suntikan vaksin bagi mengurangkan risiko jangkitan serius Covid-19.

“Berdasarkan data diperolehi JKNS, 80 peratus hingga 90 peratus pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah mereka yang belum divaksin.

“Sehubungan itu, untuk mengurangkan kadar kematian, setiap individu perlu menerima vaksin.

“Seperti dimaklumkan sebelum ini, JKNS sentiasa menyeru semua penduduk Sabah supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mendapatkan suntikan vaksin bagi mengurangkan risiko jangkitan serius Covid-19,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
1 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok