Kena adil kepada rakan parti, ini bukan kerajaan BN: Annuar Musa

August 31, 2021 · Politik

Isu nama kerajaan yang dibentuk ketika ini sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN) tidak perlu dipanjangkan, sebaliknya Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menegaskan perlu berlaku adil kepada rakan parti lain berhubung perkara tersebut.

Annuar berkata yang lebih penting kerajaan yang dibentuk ini adalah kesinambungan daripada yang terdahulu dan negara tidak boleh lagi terjebak dalam kemelut politik yang berpanjangan kerana ia akan merugikan rakyat yang sedang berdepan krisis kesihatan Covid-19.

“Yang pentingnya mengekalkan kesinambungan untuk memastikan adanya kestabilan untuk kita mendahulukan kepentingan rakyat.

“Kalau kita biarkan negara terjebak dalam keadaan politik yang uncertain (tidak stabil) maka rakyat yang rugi atau politiking yang berlarutan juga rakyat yang rugi ataupun kerajaan tidak bertuan rakyat juga rugi,” katanya semasa sidang media pada Malam Kasih Merdeka anjuran Rumah Prihatin malam tadi.

Ujarnya lagi, tidak adil jika Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan pentadbirannya sekarang adalah dibawah kerajaan BN, ia memandangkan terdapat beberapa parti yang lain menyokong pembentukan kerajaan sedia ada ini.

“BN ada 41 kerusi daripada 114, kita tak boleh nak panggil kerajaan BN. Tapi boleh kata kerajaan pimpinan Barisan Nasional okay.

“Tapi kalau kita nak claim kata ini kerajaan BN sedangkan kita hanya ada 41 sokongan daripada 114 kita tidak berlaku adil pada kawan-kawan kita daripada parti yang lain. Sebab itu saya kata cara yang paling baik adalah tidak dipanjangkan isu nama. Kita tumpukan kepada kerja,” katanya lagi.

Untuk rekod, Ismail Sabri mendapat sokongan 114 MP untuk dilantik menjadi PM, tetapi daripada jumlah itu hanya 41 MP terdiri daripada gabungan UMNO/BN, sementara selebihnya daripada beberapa parti komponen lain yang berada dalam PN, antaranya Bersatu, PAS, GPS dan beberapa sokongan MP Bebas lain.

Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai PM kesembilan pada 21 Ogos.

Terdahulu pada 16 Ogos lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusannya meletakkan jawatan sebagai PM selepas hilang majoriti sokongan dan cadangan kerjasama bipartisan juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Dulu PH juga kata Azam Baki punca rosak institusi, kata PAS
May 13, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok