Kes tinggi tapi Exco Selangor kata kilang tetap akan dibuka

August 30, 2021 · Isu semasa

Walaupun Covid-19 masih tinggi, kilang-kilang Selangor tetap akan dibuka dengan Exco Kerajaan Negerinya, Ng Sze Han memberi alasan kononnya terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor itu berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memastikan kilang yang memiliki lesen untuk beroperasi kerana perlu mematuhi kehendak undang-undang yang mengikat kerajaan negeri.

“Arahan-arahan yang dikeluarkan oleh MKN merupakan suatu kehendak undang-undang yang perlu dipatuhi dan mengikat kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri melalui PBT bertanggungjawab memastikan sesebuah kilang beroperasi dengan mematuhi syarat lesen yang telah ditetapkan.

“Oleh sebab itu, kerajaan negeri tidak akan tutup kilang sekiranya kilang tersebut mendapat kelulusan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan mematuhi semua syarat lesen yang telah ditetapkan oleh PBT,” katanya semasa sidang DUN Selangor hari ini.

Jelasnya, kerajaan negeri akan menutup kilang sekiranya mereka didapati melanggar peraturan yang ditetapkan PBT.

Katanya, beberapa operasi bersepadu telah dijalankan PBT dan pihak berkuasa juga telah menutup beberapa buah kilang yang melakukan kesalahan.

Menurutnya lagi, menurut Subseksyen 3(2) Akta 776, MKN merupakan pihak berkuasa pusat yang secara prinsipnya mempunyai kuasa bagi mengawal, menyelaras dan mengeluarkan sebarang arahan kepada entiti kerajaan.

Terdahulu, pertanyaan berhubung isu kilang di Selangor dibangkitkan Leong Tuck Chee (DAP-Pandamaran) yang meminta pengesahan sama ada kerajaan negeri mempunyai kuasa menutup operasi kilang walaupun mereka mendapat kelulusan MITI.

Sebelum ini, isu berkaitan penutupan kilang di Selangor dibangkitkan juga bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mempersoalkan mengapa kerajaan negeri Selangor yang tidak menggunakan peruntukan undang-undang PBT untuk menutup operasi kilang-kilang yang didakwa menjadi punca penularan Covid-19 di negeri itu.

BACA SINI :
Kenapa Selangor tak guna undang-undang PBT tutup kilang, soal Rafizi

Dalam ciapan di Twitter, Rafizi bertanyakan soalan tersebut kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memandangkan kerajaan negeri boleh menggunakan peruntukan sedia ada walaupun kilang yang beroperasi mendapat kebenaran MITI.

“Soalan kepada kerajaan Selangor dan MB Amirudin Shari… Kalau MITI bagi lesen pelepasan pun tapi kerajaan negeri (melalui Pihak Berkuasa Tempatan) tarik balik lesen PBT, kilang kena tutup juga kan?” katanya.

Jelasnya lagi, terdapat peruntukan dalam Akta PBT bawah Seksyen 102 (s) Akta yang memberi kuasa untuk menggantung sementara operasi kilang-kilang sehingga keadaan kembali terkawal.

“Seksyen 102(s) di bawah bidang kuasa tambahan PBT beri kuasa kepada PBT (melalui kaedah pelesenan) untuk mengawal, menyelia (termasuk menutup) perniagaan atau perindustrian daripada jenis yang memudaratkan orang ramai,” kata Rafizi yang memuatkan tangkap layar bahagian dalam akta tersebut.

Menurut Rafizi, sepatutnya kerajaan negeri boleh menggunakan Akta PBT untuk menggantung operasi kilang yang berada di Selangor walaupun pihak MITI memberikan surat kebenaran.

“Arahan kepada PBT itu datang dari Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan mengikut Seksyen 9 Akta PBT.

“Jadi saya yang rakyat biasa ni tak faham kenapa kita tak pakai Akta PBT untuk counter lesen-lesen yang MITI bagi itu?” katanya lagi.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok