Penganggur mengaku tidak bersalah miliki dadah di lokap mahkamah

August 5, 2022 · Uncategorized

Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas dua pertuduhan memiliki dadah ketika berada dalam tahanan lokap Mahkamah Rembau bulan lepas.

Muhammad Ikraam C. Mansor, 30, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail, lapor Bernama.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Ikraam yang berasal dari Rembau didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 54.47 gram (g) ketika berada di lokap Mahkamah Rembau dekat sini, kira-kira pukul 11 pagi, 26 Julai lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebat tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis heroin dengan berat 3.97g di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun, serta sebat tidak kurang tiga sebatan dan tidak lebih sembilan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Sept ini.

Berita berkaitan
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023· Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
September 21, 2023· Isu semasa
Polis kenal pasti suspek lepaskan tembakan naik Honda putih
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas penyampai radio mahu jumpa mak selepas bebas tuduhan edar ganja
July 17, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Uncategorized terkini
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023 · Uncategorized
Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan
September 10, 2023 · Uncategorized
Tamatkan mogok lapar, Ramkarpal beritahu keluarga tahanan SOSMA
August 1, 2023 · Uncategorized
Tahan ‘Datuk Malik’, SPRM sita RM38 juta tunai, 200kg emas, 17 kereta mewah
July 26, 2023 · Uncategorized
Amaran pulang harta curi, Anwar salah guna kuasa : peguam
July 26, 2023 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok