Kes baharu turun bawah 2,000, dua kematian akibat Covid-19 semalam

May 23, 2022 · Uncategorized

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam, (Ahad, 22 Mei 2022), turun ke paras di bawah 2,000 kes.

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan dalam tempoh itu sebanyak 1,817 jangkitan baharu dicatatkan, berbanding 2,021 kes pada Sabtu.

Jumlah itu juga menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,491,320 kes – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN, selepas Vietnam dan Indonesia.

Semalam, seramai 3,389 pesakit telah sembuh menjadikan kumulatif kes pulih meningkat kepada 4,429,166 pesakit, manakala 26,511 kes masih aktif, turun 1,574 berbanding Sabtu.

Daripada jumlah kea aktif itu, 25,366 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 18 ditempatkan di PKRC; 1,087 dirawat di hospital; dan 40 dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 23 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data laman sesawang Github KKM pula menunjukkan daripada 1,817 kes baharu semalam, 1,233 melibatkan penerima dos penggalak vaksin Covid-19; 363 kes (penerima dua dos); 178 (tidak divaksinasi); dan 43 (belum lengkap vaksinasi).

Empat negeri merkodkan peningkatan jangkitan harian semalam membabitkan Pulau Pinang sebanyak 140 kes baharu, berbanding 126 pada Sabtu, Sabah (43 kes, 41 Sabtu); Kelantan (15 kes, 11 Sabtu); dan Perlis (enam kes, dua Sabtu).

KKM juga memaklumkan dua kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam iaitu membabitkan masing-masing satu di Kedah dan Selangor.

Kes itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam naik sedikit kepada 35,643 kes, termasuk 7,551 kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

KKM juga berkata satu kluster baharu Covid-19 dilaporkan di Perak iaitu Kluster Komuniti Pulai Jaya di daerah Kinta membabitkan 23 kes, menjadikan sehingga kini 25 kluster masih aktif, berbanding 7,012 kluster yang dikesan sepanjang tempoh Covid-19 melanda negara.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 22 Mei 2022.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Uncategorized terkini
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023 · Uncategorized
Mayat ditemui dalam lori di Danau Kota, dua lelaki ditahan
September 10, 2023 · Uncategorized
Tamatkan mogok lapar, Ramkarpal beritahu keluarga tahanan SOSMA
August 1, 2023 · Uncategorized
Tahan ‘Datuk Malik’, SPRM sita RM38 juta tunai, 200kg emas, 17 kereta mewah
July 26, 2023 · Uncategorized
Amaran pulang harta curi, Anwar salah guna kuasa : peguam
July 26, 2023 · Uncategorized
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok