Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli

September 29, 2023 · Politik

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan keputusan membatalkan kemenangan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu bagi kawasan Parlimen Kemaman baru-baru ini.

Ahmad Fadhli membangkitkan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pengumuman peruntukan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dianggap sebagai satu bentuk sogokan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai lalu.

“Agak pelik apabila SPRM sendiri boleh umumkan peruntukan kerajaan semasa musim pilihan raya bukannya satu rasuah seperti yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri di Terengganu ketika berkempen untuk PRN baru-baru ini.

“Sedangkan mahkamah memutuskan hari ini segala macam bentuk bantuan kerajaan negeri ketika kempen Pilihan Raya Umum ialah satu bentuk sogokan yang bertujuan mempengaruhi pengundi,” katanya dalam satu kenyataan dipetik dalam portal Harakah Daily.

Pada Julai lalu, Zahid dalam ucapan semasa program Sentuhan Kasih Desa di Terengganu mengumumkan tambahan peruntukan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Selain itu, beliau juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada Majlis Belia Terengganu dan RM200,000 bagi persatuan permotoran di negeri tersebut.

Susulan itu, Zahid berdepan kritikan dan kecaman kerana membuat pengumuman pada ketika hampir masa berlangsungnya PRN Terengganu.

Bagaimanapun, Ahmad Fadhli menyatakan kesediaan Perikatan Nasional (PN) untuk mempertahankan kerusi Kemaman sekiranya parti tidak membuat keputusan untuk merayu.

“Sekiranya parti ambil keputusan untuk tidak merayu bagi menjimatkan masa, sudah tentu akan berlaku Pilihan Raya Kecil dan wang rakyat terpaksa digunakan untuk mengendalikan Pilihan Raya Kecil ini.

“Namun, kita berikrar akan pertahankan Parlimen Kemaman sekali lagi dalam Pilihan Raya Kecil dengan majoriti yang lebih besar Insya-Allah,” ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias pada PRU-15 bagi kerusi Parlimen berkenaan.

Hakim Pilihan Raya, Datuk Anselm Charles Fernandis membuat keputusan tersebut setelah mendapati wujud unsur sogokan kepada pengundi ketika tempoh kempen.

Dalam pilihan raya tersebut, Che Alias menewaskan tiga calon lain termasuk bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan majoriti 27,179 undi.

Berita berkaitan
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
53 minit lalu· Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
5 jam lalu· Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
January 21, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
42 minit lalu · Politik
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023 · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok