Zahid sepatutnya minta juga Hisham jelaskan pendedahan ‘PASleak’

April 21, 2022 · Politik

Isu berhubung pendedahan dokumen minit mesyuarat “PASleak” boleh dirungkai dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta penjelasan rakan separti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Presiden UMNO itu tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kesahihan pendedahan dokumen tersebut sekiranya Hishammuddin dipanggil untuk menceritakan perkara sebenar, ia memandangkan nama bekas Naib Presiden UMNO itu terdapat dalam minit yang bocor tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini dokumen tersebut belum dapat disahkan ketulenannya tetapi nampaknya pemimpin UMNO lebih banyak mendesak pemimpin PAS untuk mendapatkan pengesahan berhubung isu tersebut.

Berdasarkan maklumat terdapat daripada dokumen yang dibocorkan itu, nama Hishammuddin dipetik secara jelas dengan perincian berhubung pertemuan yang kononnya diadakan di rumah Menteri Pertahanan itu.

Agenda Daily juga tidak dapat mengesahkan ketulenan dokumen tersebut, tidak pasti ia dibocorkan untuk tujuan apa sebenarnya dan tidak mustahil ia juga dibuat untuk mengalihkan rakyat daripada isu sebenar yang dihadapi UMNO sendiri.

Sebagai seorang ketua parti, Zahid memiliki kuasa untuk memanggil dan meminta penjelasan pemimpin UMNO yang dipetik dalam dokumen tersebut, bahkan nama beberapa Naib Presiden yang dinamakan sebagai “sasaran” tersebut juga boleh memberikan pencerahan yang sebenar.

Jadi, tidak perlu untuk Zahid mengarahkan sasaran dengan menyerang pemimpin dalam parti lain tetapi adalah lebih mudah jika beliau sendiri meminta rakan separtinya mengesahkan berhubung kewujudan dokumen tular tersebut.

Bagaimanapun, media melaporkan Ahli Parlimen Bagan Datuk yang sedang berdepan pertuduhan mahkamah itu sudah membuat laporan polis bagi mendapatkan pengesahan berhubung dokumen tersebut.

Sudah pasti kandungan dalam dokumen itu mencemaskan Zahid yang sedang dibicarakan di mahkamah memandangkan hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap dirinya bakal memberi implikasi yang buruk kepada masa depan politiknya.

Media melaporkan antara kandungan dalam dokumen itu menyebut tentang idea untuk mempercepatkan proses memenjarakan Zahid dan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Terdahulu, tular dimedia sosial dengan beberapa keratan minit mesyuarat serta agenda parti itu yang mana tercatat beberapa pelan atau gerak kerja untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Beberapa nama pemimpin politik besar yang terlibat dalam plot menjatuh serta mengucar-kacirkan UMNO ketika ini yang mana melibatkan juga beberapa pemimpin kanan parti berkenaan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
13 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok