Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan

October 3, 2023 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau belum mempunyai keputusan berhubung rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.

Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merangkap Timbalan Perdana Menteri tidak menolak akan berlaku rombakan barisan Kabinet pada masa terdekat yang akan diumumkan oleh Anwar.

Anwar turut menjelaskan tujuan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini adalah bagi mesyuarat Pra-Kabinet seperti kebiasaan, lapor Bernama.

“Belum (ada keputusan). Tadi saya menghadap Tuanku untuk bincang mesyuarat Kabinet esok.

“Tiada kaitan lagi dengan perubahan Jemaah Menteri. Esok lepas (mesyuarat) Kabinet saya ke Sabah dan (kemudian) ke Abu Dhabi,” katanya ketika ditemui media selepas majlis penutup Khazanah Megatrends Forum 2023 hari ini.

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan Perdana Menteri dijangka mengumumkan rombakan Kabinet selepas mesyuarat Jemaah Menteri, esok.

Sementara itu, Zahid juga berkata isu rombakan Kabinet tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat esok.

“Tidak akan pernah ada rombakan Kabinet dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet. Itu hak prerogatif perdana menteri.

“Tidak ada mana-mana perdana menteri yang membincangkan siapa yang nak digugur atau dinaikkan dalam mesyuarat Kabinet,” katanya menurut laporan Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia hari ini.

Mengulas laporan sebuah portal bahawa Anwar akan mengumumkam barisan Kabinet yang baharu esok selepas mesyuarat Kabinet, Zahid berkata beliau percaya Anwar akan memaklumkan kepadanya terlebih dahulu sebelum pengumuman mengenai rombakan Kabinet dibuat.

“Perdana menteri di dalam beberapa wawancara ada menyebutkan parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan dirunding terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya dimaklumkan (mengenai rombakan Kabinet).

“Setakat pukul 5 petang tadi, belum ada tanda-tanda yang perdana menteri memanggil sekurang-kurangnya saya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk dimaklumkan mengenai perkara itu,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
16 jam lalu· Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
17 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
17 jam lalu· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok