Zahid koyak, dulu dia tiup api benci PN sekarang mengelupur kena balik

September 4, 2021 · Politik

Ketika Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, antara individu yang paling banyak meniupkan sentimen kebencian, termasuk mengatakan ‘kerajaan gagal’ adalah Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

Bersama sekutunya – beberapa pemimpin dalam UMNO – selain disokong blok pembangkang Pakatan Harapan (PH), Zahid bertalu-talu menyerang pelbagai program yang diatur dan dirancang Muhyiddin serta Kerajaan PN.

Hinggakan program yang memberi manfaat kepada rakyat seperti langkah mengekang penularan Covid-19 dan pelbagai bantuan kewangan, termasuk Bantuan Khas Covid-19 (BKC) untuk rakyat yang terkesan, turut menjadi sasaran kecaman dia dan sekutunya.

Ini tidak cukup, itu tidak cukup, ini tidak betul, itu tidak betul, ini salah, itu salah, kes Covid naik, orang mati ramai, semuanya dimuat naik dalam media sosialnya – yang betul hanya dia sahaja.

Ini dilakukan semata-mata untuk mencetuskan sentimen kebencian terhadap Muhyiddin yang tidak mahu mengikut telunjuk ‘orang tertentu’ untuk membebaskan ‘individu tertentu’ daripada tuduhan jenayah di mahkamah.

Menyerang dengan pernyataan negatif mengenai keperibadian dan integriti adalah salah satu strategi yang digunakan untuk menundukkan lawan politik.

Seperti teori domino, susunan gerakan membenci karakter sekali gus akan menumbangkan kerajaan. Dan itulah yang dilakukan sehingga akhirnya Kerajaan PN yang berusaha membantu rakyat, menjadi mangsa mereka yang dengki dan iri hati.

Namun, apabila perkara sama berbalik kepada batang tubuh sendiri, Zahid mengelupur ibarat ‘bagai ayam berinduk, sirih berjunjung’ meminta simpati Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengambil tindakan.

Mentang-mentanglah yang menjadi menteri KKMM sekarang orang UMNO. Tapi orang ini berlainan sedikit daripada Zahid dan sekutunya. Orang ini kekal berusaha mempertahankan Kerajaan PN dan Muhyiddin.

Dalam kenyataannya jam 9 malam tadi, Zahid mendakwa sejak kebelakangan ini dia melihat banyak akaun media sosial yang berselindung di sebalik nama samaran dan identiti palsu.

Kata Zahid akaun media sosial itu memuat naik ulasan bertujuan menyerang peribadi pemimpin tertentu.

“Mutakhir ini kita menyaksikan kebanjiran akaun media sosial yang berselindung di sebalik nama samaran dan identiti palsu.

“Memuat naik komen jelek politik bertujuan menyerang peribadi pemimpin tertentu dengan agenda mereka yang mudah untuk kita rumuskan.

“Bertujuan meniup api kebencian dan membina imej buruk kepada individu yang mereka tidak suka atau disasarkan untuk tidak disuka,” kata Zahid dalam Facebooknya.

Adakah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu baharu melihat bahayanya permainan sedemikian? Sedang pada masa pentadbiran Kerajaan PN dan Muhyiddin siapa yang memulakannya? Siapa yang setiap hari meniup api kebencian terhadap Muhyiddin dan Kerajaan PN?

Namun, Zahid tetap mengatakan gejala akaun palsu media sosial itu berbahaya kepada kestabilan politik dan perpaduan masyarakat dan sudah berlarutan agak lama sejak Pilihan Raya Umum Ke-14.

Baharu sekarang Zahid menyatakan perbuatan ini perlu disekat sehabis baik oleh pihak berwajib kerana Malaysia sedang memasuki dimensi politik baharu, sedangkan dia antara yang memainkan peranan menjatuhkan Muhyiddin dan Kerajaan PN dengan membangkitkan sentimen kebencian.

Ulasan beliau berhubung akaun palsu itu turut mendapat perhatian netizen. Salah satunya menulis:

“Datuk Zahid Hamidi, pedulikan fake akaun tu, tumpukan perhatian kepada ahli2 UMNO yang terang2 membenci Datuk sebagai president parti.”

Ramaikah ahli UMNO yang tidak suka Zahid menjadi presiden?

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
3 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
23 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok