Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara

October 3, 2022 · Politik

Dalam siri gesaan supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) disegerakan tahun ini juga, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO bukan sebuah parti nyamuk yang tidak tahu menguruskan negara.

Presiden UMNO itu menegaskan PRU-15 perlu diadakan tahun ini kerana hanya parti itu sahaja pandai dan berpengalaman dalam menguruskan sesebuah kerajaan di Malaysia, namun beliau terlupa Perdana Menteri sekarang juga adalah daripada UMNO.

“UMNO bukan sebuah parti politik nyamuk yang hanya berdenging tanpa hala tuju.

“UMNO mempunyai tradisi dan sejarah yang panjang serta puluhan tahun berpengalaman dalam pentadbiran dan pemerintahan,” katanya dalam hantaran Fabebook beliau hari ini.

Untuk rekod, Jumaat lalu UMNO sudah membuat pendirian meminta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya dibubarkan Parlimen pada tahun ini juga.

Zahid juga mempersoalkan pendirian pembangkang yang tidak mahu PRU-15 diadakan segera tetapi pada masa sama menjelajah berkempen sana sini sekarang.

“Kononnya mereka tak mahu pilihan raya tahun ini, akan tetapi mereka menjelajah berkempen politik di sana dan di sini dan membawa naratif lemah mereka tak mengira hujan atau panas, siang dan malam.

“Naratif lemah mereka cuba menyatakan banjir berlaku seluruh negara. Mereka lupa pilihan raya umum dan malah pilihan raya negeri pernah diadakan pada bulan November dan Disember. Sifat ketakutan pembangkang terserlah apabila mengabaikan fakta dan hujah mengenai banjir dan pilihan raya,” katanya lagi.

Zahid juga mempertahankan gesaannya sebelum ini yang mahu meredah banjir berkempen semasa PRU-15 dan mendakwa pembangkang sebenarnya penakut.

“Namun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan bahawa ia kurang tepat. Ini menunjukkan betapa terdesaknya pembangkang takut berdepan pilihan raya umum berlaku.

“Mereka takut dihukum oleh pengundi mereka sendiri yang sedar apabila PH (Pakatan Harapan) gagal melaksanakan manifesto mereka. Sebaliknya sibuk berebut jawatan Perdana Menteri di antara (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) hingga mengabaikan kebajikan rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok