Zahid intai kerjasama, Azmin kata PN hanya fokus kempen untuk menang

November 6, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) hanya memfokus kepada strategi untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan tidak membincangkan soal pembentukan kerajaan campuran.

Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya memanfaatkan sepenuhnya tempoh berkempen 14 hari untuk meyakinkan pengundi.

Katanya, tiada sebarang perbincangan rasmi berkait soal bergabung dengan mana-mana parti bagi membentuk kerajaan buat masa ini.

“Fokus kita adalah untuk menang di setiap kawasan PN wakili dan kita gunakan ruang (kempen) ini untuk yakinkan rakyat.

“Kita jelaskan kepada mereka tentang dasar-dasar yang dibawa PN yang pro perniagaan, mencipta pekerjaan serta menjamin kepedulian kepada rakyat,” katanya ditemui pada program di Kampung Kemensah di Gombak, lapor Sinar Harian.

Ia susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti sekiranya BN gagal mendapat majoriti mudah seperti dilapor sebuah akhbar Inggeris pada Jumaat.

Menerusi laporan itu, Zahid dikatakan bersedia dengan apa sahaja cara asalkan dapat membentuk kerajaan Persekutuan yang stabil dari segi politik.

Pada program itu, Azmin meminta rakyat memberi peluang kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan PN untuk mentadbir negara semula.

Menurut Azmin, Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai perdana menteri pada pada 16 Ogos 2021 susulan tindakan 15 ahli Parlimen UMNO menarik sokongan.

“Muhyiddin letak jawatan bukan disebabkan gagal tetapi kerana 15 anggota Parlimen UMNO yang menyokong kleptokrat dan menarik sokongan kepada PM.

“Walaupun Muhyiddin masih ada sokongan sebanyak 100 undi tetapi beliau tidak lagi mahu bekerjasama dengan golongan kleptokrat dan bersekongkol dengan perasuah. Itu adalah prinsip beliau,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
10 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok