Zahid boleh tukar kedudukan kerusi di Parlimen sebelah blok pembangkang

July 16, 2021 · Politik

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh membuktikan pendirian partinya menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa sidang Parlimen nanti dengan memohon kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk menukar kedudukan kerusinya di sebelah blok pembangkang.

Ahli Parlimen Bagan Datuk berhak untuk mengambil langkah tersebut memandangkan ia selari dengan keputusan Mesyuarat Tertinggi (MT) parti itu yang membuat ketetapan mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur pada 8 Julai lalu.

Menurut penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir, permohonan tersebut boleh dikemukakan Zahid semasa sidang berlangsung nanti ia bagi membuktikan pendirian partinya dan tindakan mengeluarkan kenyataan menarik sokongan kepada umum tidak akan mengabsahkan keputusan partinya itu.

“Keputusan dan pendirian parti yang diumumkan oleh Zahid itu tidak memberi kesan kepada kerajaan dan beliau perlu memohon di Parlimen untuk menukar kedudukan kerusinya semasa sidang Dewan Rakyat nanti.

“Beliau perlu buktikan keputusan dibuat partinya semasa sidang Parlimen berlangsung nanti… Permohonan tersebut perlu dilakukan semasa berlangsung sidang nanti,” katanya kepada Agenda Daily.

Kenyataan Salawati itu selari dengan pandangan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang berkata kerajaan PN tidak jatuh dengan pengumuman Zahid selepas mesyuarat MT tersebut dan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin masih Perdana Menteri yang sah.

“Setakat bercakap di luar, umum keputusan parti ia bukan satu keputusan yang absah… Zahid perlu bertindak mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan negara dan sidang Parlimen nanti adalah tempatnya,” kata Salawati lagi.

Bagaimanapun, Salawati menggesa supaya semua Ahli Parlimen semasa sidang berlangsung nanti supaya berhenti berpolitik dan menumpukan kepada usaha melawan Covid-19 dan lebih berbincang mengenai isu rakyat bukannya isu untuk merampas kuasa daripada kerajaan semata-mata.

“Saya berpandangan adalah lebih baik mereka bercakap soal rakyat kerana rakyat sudah semakin susah dan hilang punca pendapatan… Isu ini yang perlu dibangkitkan semasa sidang Parlimen nanti dan bukan bergaduh dalam Parlimen,” ujarnya.

Semalam, Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker), Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan sudah menerima pemakluman daripada PM selaku Ketua Majlis untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat bagi penggal keempat selama 15 hari bermula 6 September ini.

Sidang tersebut akan diadakan selepas sidang mesyuarat khas dijalankan pada 26 Julai ini.

“Selaras dengan Peraturan 11(2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang memutuskan Takwim Dewan Rakyat bagi mesyuarat pertama mulai 6 September hingga 30 September 2021 bersamaan 15 hari.

“Mesyuarat Kedua mulai 25 Oktober hingga 16 Disember 2021 bersamaan 32 hari,” katanya dalam kenyataan.

Pada 8 Julai lalu, Zahid selepas selesai Mesyuarat MT mengumumkan keputusan UMNO yang menuntut supaya Muhyiddin berundur secara terhormat dan memutuskan UMNO menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Zahid juga menuntut supaya PM baharu dilantik bagi menggantikan Muhyiddin bagaimanapun tidak menamakan individu yang layak untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.

Namun, Zahid berkata hanya PM sahaja berundur dan Menteri Kabinet sedia ada akan kekal.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
16 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok