Zahid bidas Isham buat kepala tau, jangan paksa orang terima pendirian peribadi

September 13, 2023 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Isham Jalil yang dilihat agak lantang mempersoalkan pendirian parti dan mendakwa dirinya berdepan pemecatan.

Presiden UMNO itu menyindir Isham yang kononnya bakal dipecat kerana tidak berada dalam kumpulan pro-DAP dengan membidasnya membuat telahan sendiri.

“Beliau (Isham) lebih tahu daripada Presiden. Itulah masalahnya,” katanya dipetik laporan BH.

Terdahulu, Isham mendakwa beberapa lagi ahli parti itu akan dipecat kerana lantang mengkritik keputusan kepimpinan UMNO untuk bersama Pakatan Harapan (PH) menyertai pilihan raya.

Malah, beliau turut mendakwa namanya mungkin turut tersenarai dalam pemecatan berkenaan.

Dalam pada itu, Zahid juga berkata pandangan perbadi tidak boleh dipaksakan ke atas orang lain sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Isham baru-baru ini.

“Saya menghormati pendapat peribadi (diberikan Isham) tetapi jangan memaksa semua orang menghormati pendapat yang diberikan itu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mesyuarat MT UMNO malam ini juga dijangka membincangkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, kerana menghadiri majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Bakri, Johor baru-baru ini.

Berita berkaitan
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023· Isu semasa
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok