UMNO Terengganu sahkan tak letak Ahmad Said tanding PRK Kemaman

October 26, 2023 · Politik

Datuk Seri Ahmad Said tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Kemaman pada Disember nanti, ia disahkan UMNO Terengganu.

Pengerusi UMNO Terengganu yang kalah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan juga kalah semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu tidak tersenarai sebagai calon yang akan diletak Barisan Nasional (BN) sekali lagi.

Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata Ahmad akan menumpukan tugasnya sebagai Pengarah Pilihan Raya bagi PRK Kemaman nanti.

“Pada mesyuarat minggu lepas, beliau (Ahmad) maklumkan parti akan letak calon baharu untuk wakili BN…jadi secara tak langsung beliau tidak akan bertanding.

“Ahmad akan fokus sebagai pengarah pilihan raya BN,” katanya dipetik laporan FMT.

Dalam pada itu, Nik Dir berkata pihaknya sedar sokongan pengundi di Kemaman memihak kepada calon Perikatan Nasional (PN), Che Alias Hamid yang menang dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU-15 lalu.

“Tujuan masuk bertanding memang nak menang, tapi kita sasar (PRK Kemaman) setidak-tidaknya kurangkan majoriti itu memadai.

“Tapi tak mustahil kita boleh menang dengan strategi pendekatan-pendekatan yang akan digunakan nanti,” katanya lagi.

Pada PRU-15, Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru yang turut membabitkan Ahmad dari BN.

Namun kemenangannya dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu selepas pempetisyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya. PAS tidak merayu keputusan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 Nov dan 28 Nov.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
7 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
47 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok