UMNO tak mahu Ismail Sabri jadi PM selepas PRU-15: Dr Mahathir

April 4, 2022 · Politik

Walaupun UMNO berjaya menang selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) semula.

Pengerusi parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO tidak akan mengekalkan Ismail Sabri sebagai calon PM selepas PRU-15, sebaliknya individu yang menjadi penyokong kuat Datuk Seri Najib Razak akan dinaikkan menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Ramai ahli UMNO hendak supaya PRU-15 diadakan segera. Apakah Ismail Sabri akan jadi Perdana Menteri jika UMNO menang. Tentu tidak.

“Yang akan jadi PM tentulah penyokong kuat Najib. Bagi kerajaan yang akan didirikan, yang utama adalah membebas Najib dari hukuman 12 tahun penjara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir juga berkata UMNO tidak menghormati Ismail Sabri walaupun dirinya seorang PM dan insiden selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu adalah jelas menunjukkan wujud penolakkan terhadapnya.

“Dalam satu rakaman video Perdana Menteri ditolak ke belakang oleh Presiden UMNO dan tarik Najib ke hadapan di tempat Perdana Menteri.

“Dari peristiwa ini jelas Najib lebih dihormati oleh UMNO daripada Perdana Menteri. Apakah jenis kerajaan yang didirikan oleh Ismail Sabri jikalau ia boleh dihina di hadapan dunia,” katanya lagi.

Selain itu, tular juga satu klip video menunjukkan Ismail Sabri digesa dengan sorakan penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya membubarkan Parlimen dengan segera sebaik kemenangan besar di Johor.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Langkawi itu memberitahu pihak berkuasa sedang menyiasatnya dan akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menyatakan sebab siasatan tersebut.

“Saya akan dipanggil untuk soal siasat. Di Malaysia ini satu tekanan yang menakutkan. Tutup mulut. Tutup telinga. Awak okay,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ahli Parlimen Langkawi itu turut menyatakan kehairanannya kerana rakyat Malaysia tidak marah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kerana kedua-dua mereka antara yang disebut berkali-kali sebagai terlibat dengan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Laporan-laporan ini boleh dibaca dalam akhbar Malaysia. Tetapi yang peliknya ramai orang Malaysia tidak sedikit pun marah terhadap Najib dan Rosmah, jauh sekali merasa malu.

“Di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor parti Najib disokong sehingga menang dua per tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
12 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok