UMNO desak tamat MoU, Annuar kata MoU dengan PH sehingga bubar Parlimen

July 21, 2022 · Politik

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) akan terus berkuat kuasa sehingga Parlimen dibubarkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun berkata ia terpulang kepada pihak yang menandatangani perjanjian itu, sekiranya ingin menyemak semula perkara berkenaan, lapor Bernama.

Beliau berkata MoU sedia ada tidak mempunyai tarikh luput tetapi dicatatkan di bawah Perkara 3(1) bahawa MoU itu berkuat kuasa dari tarikh ia ditandatangani hingga parlimen dibubarkan.

“… setakat MoU yang sedia ada, masih kekal berkuat kuasa, cuma kekeliruan timbul kerana ada satu klausa dalam MoU itu yang menyatakan kerajaan tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai.

“Jadi, tidak ada usul pembubaran Parlimen sehingga akhir bulan ini. Kalau selepas bulan ini (klausa Parlimen dibubarkan)… terpulang kepada Perdana Menteri dan kerajaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Annuar diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa UMNO tegas untuk tidak melakukan sebarang lanjutan MoU antara kerajaan dengan PH.

Annuar berkata MoU itu bukan melibatkan parti (UMNO) tetapi ia adalah antara PH dan Perdana Menteri untuk mengekalkan kestabilan politik.

Katanya MoU berkenaan bukan hanya melibatkan soal pembubaran Parlimen namun meliputi pelbagai perkara lain yang dicapai antara Perdana Menteri dan pembangkang.

Memorandum berkenaan mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Ditanya mengenai cadangan pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Annuar berkata soal jawatan itu tidak perlu difikirkan sebaliknya lebih baik memfokus kepada masalah rakyat yang sedang berdepan kenaikan harga barangan ketika ini.

“Kita (harus) terus bekerja sebagai satu pasukan dan lebih baik lagi kalau pembangkang juga turut memberikan kerjasama mengekalkan kestabilan supaya kita boleh berfungsi sebagai sebuah kerajaan.

“… kalau kita rasa sudah sampai (masa) hendak mengadakan pilihan raya, eloklah segera kita adakan… tetapi pada masa ini, pada saya polemik politik ada baiknya dikurangkan dan kita tumpu untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
12 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok