Tolong buktikan pemimpin UMNO terlibat dalam skandal LCS, kata Pemuda

August 17, 2022 · Politik

Pemuda UMNO menegaskan tidak adil jika pemimpin parti tersebut dipersalahkan dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

Pengarah Komunikasinya, Syed Mohd Johan Rizal menyifatkan tuduhan terhadap pemimpin UMNO sebagai bertanggungjawab dalam skandal itu tidak wajar dan mencabar pihak yang membuat tuduhan penglibatan pemimpin parti itu menunjukkan bukti penyelewengan dan rasuah melibatkan pemimpin parti itu.

“Jangan hanya pandai menegur orang sedangkan tuduhan itu sendiri agak keterlaluan. Adakah sengaja memberi gambaran negatif seolah ada pemimpin BN terlibat salah laku dalam projek LCS?

“Sedangkan hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mula melakukan pendakwaan kepada mereka yang terlibat dengan penyelewengan dari dalam Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) endiri.

“Tolong buktikanlah sekiranya ada pemimpin UMNO terlibat dalam penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dalam projek itu dan namakanlah pemimpin berkenaan dan salah laku, sekiranya beliau adalah ahli politik gentlemen yang bercakap berdasarkan fakta,” kata beliau dalam kenyataan di Facebook.

Kenyataan tersebut hadir susulan kritikan seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Ahmad Fadhli Shaari yang menyindir pemimpin parti tertentu tanpa menamakan individu tersebut agar mendesak supaya mendesak pemimpin mereka sendiri untuk tampil menjelaskan berhubung skandal LCS tersebut.

“Sebenarnya, dalam isu-isu integriti ini, kelihatan PAS perlu bercakap untuk semua isu.

“Barangkali anda tidak sempat mendesak pemimpin anda sendiri, atau mereka sedang sibuk ‘mengambil mana-mana yang sempat’ sehingga tidak sempat bercakap di Dewan Rakyat? Saya hanya sekadar bertanya,” katanya dalam kenyataan sebelum ini.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS itu mempertahankan laporan PAC tersebut walaupun UMNO cuba mempertikaikannya kerana Pengerusinya, Wong Kah Woh datang dari parti DAP.

Jelas Syed Mohd Johan lagi, kenyataan tersebut seolah-olah cuba menunjukkan imej tidak baik terhadap UMNO yang terlibat dalam skandal tersebut.

“Bagi kami Pemuda UMNO Malaysia, dia sengaja mewujudkan niat jahat dan cuba menimbulkan persepsi imej tidak baik kepada UMNO seperti mana biasa yang sering Pas lakukan.

“Selaku salah seorang anggota PAC, dia sepatutnya sedar kerana dari dalam laporan sendiri tidak ada pun disebut salah guna kuasa, seleweng mahupun pengkibatan rasuah menteri dari UMNO atau mana-mana pemimpin UMNO.

“Jadi yang saya dan kita faham setakat sekarang adalah masalah pengurusan projek dan kelewatan,” katanya lagi.

Sebelum ini PAC mendedahkan sebanyak RM6 bilion sudah dibayar bagi membiayai projek LCS, bagaimanapun tidak ada satu kapal pun yang berjaya disiapkan sehingga hari ini.

Turut dibangkitkan PAC, berhubung RM400 juta yang digunakan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membayar hutang lama dan bukan digunakan untuk tujuan membina LCS.

Projek itu telah diluluskan pada 2011 semasa era pentadbiran Barisan Nasional-UMNO, ketika itu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika itu pula memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Zahid bagaimanapuns sebelum ini menafikan ketika projek itu diluluskan beliau adalah Menteri Pertahanan sebelum ini.

PAC dalam laporannya baru-baru ini mendedahkan projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat BNS secara rundingan terus.

Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan.

Berita berkaitan
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
17 jam lalu· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
17 jam lalu· Politik
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
23 jam lalu· Isu semasa
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023
Lagi Politik terkini
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
1 jam lalu · Politik
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
23 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023 · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok