Tiada wakil UMNO dilantik jadi Timbalan Ketua Menteri P. Pinang

August 16, 2023 · Politik

Kerajaan Pulau Pinang dibawah pentadbiran DAP tidak melantik wakil UMNO sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu.

Walaupun sudah membentuk kerajaan bersama UMNO selepas PRN, sebaliknya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Batu Maung, Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Halim dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan ADUN DAP Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo sebagai Timbalan Ketua Menteri 2.

Majlis mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, disaksikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Tujuh wakil rakyat daripada DAP terdiri ADUN Tanjong Bunga, Zairil Khir Johari; ADUN Paya Terubong, Wong Hon Wai; ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim, ADUN Jawi, H’ng Mooi Lye, ADUN Padang Lalang, Gooi Zi Sen dan ADUN Perai, Datuk Seri S Sundarajoo, termasuk Jagdeep.

Selain Mohamad, seorang lagi ADUN PKR yang mengangkat sumpah ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol.

ADUN Sungai Acheh, Rashidi Zinol menjadi satu-satunya wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN), sekali gus menyaksikan parti itu kembali dalam barisan EXCO Pulau Pinang selepas berada di blok pembangkang sejak 2008.

Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN berjaya menguasai 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dengan DAP mengekalkan kemenangan di 19 kerusi ditandingi parti itu, manakala PKR menang tujuh daripada 13 kawasan ditandingi.

BN pula memperoleh dua kerusi dan Parti Amanah mengekalkan satu kerusi iaitu Bayan Lepas.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok