Tiada tawaran sertai mana-mana parti setakat ini, kata Noh

January 30, 2023 · Politik

Setakat ini tiada mana-mana parti yang menawarkan kepada Tan Sri Noh Omar untuknya sertai selepas dipecat UMNO baru-baru ini.

Berbeza dengan pemimpin utama UMNO lain, bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang dipecat itu berkata tiada tawaran dibuat kepadanya daripada mana-mana parti dan mungkin akan menjadi penceramah bebas.

“Sekarang saya hanya move on, ibarat orang yang baru saja bercerai dan masih dalam proses iddah.

“Bagi saya berehat dan bertenang dahulu sebelum membuat keputusan untuk menyertai sebarang parti. Setakat ini belum ada tawaran dan mungkin saya jadi penceramah bebas,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Noh dijemput ke program bual bicara di Karangkraf.

Tambah Noh, beliau turut tidak akan membuat rayuan kerana menyifatkan pengakhirannya mungkin juga akan sama.

Justeru, UMNO dinasihatkan lebih memikirkan soal masa depan parti berbanding tindakan pemutihan dan pemutihan terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

“Jika sudah kalah, kita kena menerimanya dan terus maju ke hadapan tanpa memburukkan sesiapa terutama isu sabotaj. Saya akui masih sayangkan UMNO yang banyak berjasa dengan saya lebih 40 tahun namun saya bukan Yes man!. Bimbang putih-putih, nanti akan menjadi hitam,” katanya lagi.

Jumaat lalu, Noh dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah dipecat UMNO berikutan pelanggaran disiplin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Selain itu, pemimpin digantung enam tahun termasuk Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol,

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
16 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok