Tiada keperluan undi percaya terhadap PM, kata Naib Presiden PAS

September 5, 2021 · Politik

Tiada keperluan untuk mengadakan undi percaya terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat, kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Idris berkata, keabsahan pelantikan Ismail Sabri tidak perlu dipertikaikan memandangkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan menetapkan kuasa melantik PM di bawah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sepatutnya tidak perlu ada usul undi percaya, itu pendirian saya,” katanya lapor Bernama yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memaklumkan tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri dan kerajaan yang sudah dibentuk mengikut lunas undang-undang.

Idrus berkata, langkah mengabsahkan pelantikan perdana menteri adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka Baginda sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, nama bakal Perdana Menteri daripada kesemua 220 Ahli Dewan Rakyat telah dikemukakan kepada pihak Istana Negara menerusi surat akuan pada 18 Ogos lalu.

Susulan itu, Seri Paduka sudah berkenan menerima menghadap seramai 114 Ahli Dewan Rakyat pada 19 Ogos lalu, untuk mengesahkan kepercayaan mereka kepada Ahli Dewan Rakyat yang dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan iaitu Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera.

Pada 21 Ogos lalu, PM yang baharu mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan serta sumpah taat setia dan juga sumpah simpan rahsia di hadapan Seri Paduka menurut kehendak Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
10 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok