Terbukti pendakwaan terhadap Muhyiddin berbaur politik dan terpilih: PAS

August 15, 2023 · Politik

Keputusan melepas dan membebaskan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dialu-alukan PAS dan terbukti segala tohmahan dibuat sebelum ini hanya bermotifkan politik semata-mata.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan pertuduhan yang dikenakan terhadap Presiden Bersatu itu merupakan pertuduhan terpilih dan berbaur politik yang dirancang untuk merosakkan imej dan mewujudkan persepsi negatif semata-mata oleh pihak berkepentingan.

“Alhamdulillah, PAS bersyukur dan mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi yang telah melepas dan membebaskan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

“Dari awal lagi, PAS telah menjangkakan keputusan ini kerana yakin bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau yang juga merupakan bekas Perdana Menteri ke-8 dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu merupakan pertuduhan terpilih dan berbaur politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, PAS sejak awal-awal lagi sudah menjangkakan pertuduhan tersebut bertujuan untuk melemahkan PN yang menjadi ancaman politik kepada kerajaan campuran.

“Kami sebagai sekutu Bersatu di dalam PN sememangnya pasti bahawa (tuduhan itu) ia satu perancangan untuk melemahkan PN, namun saya tidak nampak ia akan menjejaskan prestasi kita, malah telah menambahkan lagi sokongan kepada kita dalam pilihanraya negeri di enam buah negeri Sabtu lalu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Takiyuddin juga berkata PAS menentang sebarang salah guna kuasa agensi kerajaan yang digunakan sebagai alat politik parti pemerintah.

“PAS menentang sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik. Jelas, pendakwaan ke atas Tan Sri Muhyiddin adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang.

“PAS turut yakin bahawa tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin itu juga adalah bagi menutup aib dan melencongkan perhatian rakyat dari isu yang berlaku di dalam parti UMNO yang menjadi sebahagian dari Kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu setelah mendapati keempat-empat pertuduhan tersebut adalah kabur dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.

“Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan pemohon (Muhyiddin) untuk membatalkan keempat-empat pertuduhan berkenaan. Dengan ini, pemohon dilepas dan dibebaskan,” katanya.

Berita berkaitan
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
1 jam lalu· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
1 jam lalu· Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
4 jam lalu· Politik
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
4 jam lalu· Isu semasa
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
23 jam lalu · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
23 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
24 jam lalu · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok