Tegur Kabinet: Adakah Zahid ingin tunjuk kuasa Presiden kepada Naib Presiden?

September 1, 2021 · Politik

Lain macam sahaja kenyataan Presiden UMNO kepada kerajaan pimpinan Naib Presidennya, hari ini, apabila menggesa supaya Jemaah Menteri baharu berhenti daripada memberi alasan menjengkelkan, walaupun baharu dua hari memulakan tugas rasmi.

Bukan itu sahaja, malah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga dilihat seolah mengancam bekas menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dilantik semula oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membarisi Kabinetnya.

“Meskipun majoriti anggota Kabinet kerajaan lama, tetapi mereka kini berkhidmat di bawah kerajaan baharu. Maka seharusnya cara bekerja dan berfikir untuk rakyat serta negara dengan cara baharu.

“Tiada lagi sindrom penafian dengan alasan yang annoying (menjengkelkan),” kata bekas Timbalan Perdana Menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 2018 lalu.

Pada 27 Ogos lalu, Ismail Sabri mengumumkan 31 menteri dan 38 timbalan menteri menganggotai kerajaannya dengan majoriti adalah muka lama dalam pentadbiran Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka mengangkat sumpah memegang jawatan secara rasmi di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, 30 Ogos lalu.

Namun, baharu dua hari memulakan tugas menteri dan timbalan menteri, mereka sudah menerima teguran daripada ‘orang yang berkuasa sebagai Presiden kepada parti yang Perdana Menterinya adalah individu di bawahnya’.

Semalam, pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata tidak adil jika Ismail Sabri mengisytiharkan pentadbirannya sekarang adalah di bawah kerajaan BN, kerana terdapat beberapa parti lain menyokong pembentukan kerajaan sedia ada.

Annuar adalah bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam pentadbiran Muhyiddin sebelum Kerajaan PN tumbang setelah Zahid membawa 14 Ahli Parlimen (MP) UMNO menarik balik sokongan terhadap PN dan Muhyiddin.

Bagaimanapun, Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri setelah mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen, tetapi daripada jumlah itu hanya 41 MP terdiri daripada gabungan UMNO/BN, sementara selebihnya daripada beberapa parti komponen lain yang berada dalam PN, antaranya Bersatu, PAS, GPS dan beberapa MP Bebas lain.

Sebelum ini, Agenda Daily juga melaporkan peringatan akar umbi UMNO dan parti komponen BN di peringkat negeri dan cawangan kepada Ismail Sabri bahawa kuasa pentadbiran negara berada di tangannya sebagai Perdana Menteri.

Kuasa untuk mentadbir negara bukan diwakilkan oleh Majlis Tertinggi (MT) atau Presiden UMNO kepadanya, kata akar umbi MCA dan MIC yang memberitahu beberapa pemimpin UMNO bahagian.

“Jika PM Ismail (Sabri) mahu menjadi kerajaan Keluarga Malaysia, beliau mesti mendengar suara rakyat Malaysia, bukan mengikut telunjuk MT UMNO atau presiden UMNO,” kata mereka.

Hari ini terbukti apabila Presiden UMNO itu memberi amaran kepada menteri Kabinet baharu sekali gus kepada Ismail Sabri juga.

Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat ‘amaran’ Zahid hari ini adalah taktik mengalihkan perhatian umum kepada perbicaraan kes jenayah yang dihadapinya di mahkamah yang telah beberapa kali ditangguhkan.

Ini termasuk perbicaraan 40 pertuduhan jenayah, termasuk menerima rasuah, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang ditangguhkan lagi kerana Zahid mendapat cuti sakit daripada hospital swasta.

Walaupun dilaporkan hadir di mahkamah hari ini, tetapi kesnya tidak berjalan. Jadi dapatlah Zahid menunjukkan bahawa beliau tetap hadir di mahkamah walaupun mendapat cuti sakit.

Malah menurut mereka Zahid yang sekarang ini hanya berkuasa dalam UMNO juga cuba untuk menunjukkan beliau juga berkuasa ke atas pentadbiran negara kerana kerajaan yang ada sekarang dipimpin oleh Naib Presiden UMNO.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Khaled tak tanding kerana takut kalah tapi kata Bersatu tak kuat
January 29, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
5 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok