Takut kalah ke, kata Zahid kepada pembangkang pertahan PRU-15 semasa banjir

September 19, 2022 · Politik

Pembangkang didakwa takut kalah jika pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan semasa musim banjir hujung tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu yang sedang berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah mempertahankan gesaannya pada Sabtu agar PRU-15 diadakan dengan segera walaupun semasa musim banjir melanda negara dan membidas pembangkang, Pakatan Harapan sebenarnya kepanasan kerana takut akan kalah nanti.

“Mereka lupa bekas PM terakhir mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah mengadakan PRU pada November 1999, tak pula jadi isu besar.

“Terbaharu, tahun lepas, PRN (Pilihan Raya Negeri) Sarawak diadakan pada 18 Dis 2021. Pembangkang pula tewas teruk.

“Ternyata pembangkang sebenarnya takut mereka kalah kerana kepercayaan terhadap PH hilang apabila Dr Mahathir Mohamad tak mahu serah jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain manifesto mereka gagal dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Jelas Zahid lagi, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan terus memberi peluang kepada pembangkang untuk memburukkan mereka dan oleh sebab itu PRU-15 perlu diadakan dengan segera.

“BN tidak akan memberikan hayat politik terhadap PH dan musuh BN untuk memberikan mereka kelebihan menyelesaikan jelajah memburukkan BN hingga ke tahun depan,” katanya lagi.

Terdahulu pada Sabtu lalu semasa melancarkan jentera Pemuda BN, Zahid berkata mereka sedia menghadapi dan meredah banjir sekalipun PRU-15 diadakan semasa musim banjir.

Banjir yang melanda negara pada akhir tahun lalu meragut 55 nyawa, dengan lebih 500,000 orang hilang tempat tinggal. Kerugian akibat infrastruktur awam, rumah dan pertanian yang musnah mencecah lebih RM6 bilion.

Jabatan Meteorologi menjangkakan musim tengkujuh bermula November dan berterusan hingga Mac depan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga memberi isyarat jelas tarikh PRU-15 akan diadakan pada masa terdekat dan ia akan diputuskan semasa mesyuarat ‘top five’ yang dijadualkan pada 30 September ini.

Berita berkaitan
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
4 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
8 jam lalu· Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
8 jam lalu· Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
11 jam lalu· Politik
Popular
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
11 jam lalu · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
12 jam lalu · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
14 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf, Zahid minta henti kenyataan guris hati
16 jam lalu · Politik
Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok