Takiyuddin sahkan gubal draf perjanjian berhubung jawatan TPM

July 12, 2022 · Politik

Draf perjanjian berkaitan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) tersebut diakui sememangnya digubal oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Setiausaha Agung PAS itu mengesahkan kewujudan perjanjian tersebut seperti didedahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dan menjelaskan draf tersebut digubalnya semasa menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) pada waktu itu.

“Saya adalah bekas Menteri Undang-Undang, jadi semua yang berkaitan dokumen undang-undang saya akan diminta membuat berkenaannya, bukan kerana saya (semata-mata) adalah Takiyuddin.

“Ia (isu TPM) bukan satu perjanjian, sebaliknya dipanggil sebagai Memorandum Perjanjian (MoA),” katanya dipetik laporan media.

Takiyuddin menghadiri Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (Zon Tengah) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) di Padang Dewan Serbaguna Sungai Kerang, Trong, Perak hari ini.

Bagaimanapun, Takiyuddin menjelaskan perjanjian itu tidak mensyaratkan perlantikannya adalah dimestikan memandangkan klausa mengenai TPM tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Justeru, perlantikan TPM berada pada kehendak Yang Dipertuan Agong (YDPA).

“Jadi bila tiada dalam perlembagaan, maka terpulang kepada YDPA sama ada hendak lantik TPM atau terpulang (sebaliknya). Jadi, tidak boleh kata wajib melantik TPM walaupun Perdana Menteri berhak atas hak prerogatifnya ingin melantik TPM jika beliau berasa memerlukannya,” katanya.

Takiyuddin juga tidak mengulas sama ada Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengetahui kewujudan perjanjian tersebut atau sebaliknya.

“Tidak semua orang tahu mengenai ‘perjanjian’ (MoA) itu. Jadi kena tanya Tok Guru (Abdul Hadi) sendirilah dia tahu atau tidak sebab dia bukan orang yang tandatangan MoA berkenaan.

“Mungkin kenyataannya (Abdul Hadi) sebelum ini (mengenai tidak wujud perjanjian Muhyiddin-Ismail Sabri) adalah jawapannya secara spontan apabila ditanya yang mana dia mungkin tidak tahu,” katanya.

Semalam, media melaporkan Muhyiddin mengesahkan terdapat dua saksi yang menandatangani perjanjian dimerterai dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menyokongnya menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Dua saksi tersebut adalah Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan juga Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini.

Menurut Muhyiddin lagi, draf perjanjian tersebut juga digubal oleh Takiyuddin dan juga Hadi.

“Jadi, mungkin Tok Guru boleh memeriksa kembali dengan Takiyuddin. Beliau sendiri yang sebenarnya adalah draftman kepada perjanjian itu. Itu kenyataan yang sebenarnyalah.

“Kesemua pimpinan tertinggi PN tahu mengenai itu dan kehadiran kita (PN) dalam kerajaan sekarang ini pun atas dasar PN. Bukan atas nama parti sahaja,” katanya semalam.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok