Tak perlu Zahid berundur pun, kata Puad

August 14, 2023 · Politik

Gesaan supaya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah tidak wajar, kata Datuk Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata Presiden UMNO itu masih mampu menggalas tanggungjawab untuk memperkukuhkan parti, justeru tidak ada keperluan untuk beliau meletak jawatan daripada terus mengetuai parti sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Kata beliau, semua wakil UMNO dalam kabinet kerajaan campuran perlu melaksanakan tugas dengan jayanya bagi memastikan parti mendapat semula sokongan pengundi-pengundi Melayu.

“UMNO perlu dapat balik sokongan orang Melayu. Menteri-menteri UMNO mesti serious menjayakan agenda Melayu dan rakyat. Kuasa di tangan mereka.

“Sebab itu UMNO mesti kekal dalam kerajaan perpaduan. Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) perlu mengukuhkan kerjasama. Ahmad Zahid sesuai pikul misi ini, dia tidak perlu letak jawatan. Jangan melatah,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Isu kepercayaan terhadap kepemimpinan dan dasar parti menjadi faktor UMNO ditolak orang Melayu dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir kelmarin.

Daripada 108 kawasan yang ditandingi parti terbesar orang Melayu itu, UMNO hanya mampu menawan 19 daripadanya walaupun memilih berada dalam gabungan PH.

Terdahulu, bekas Pengerusi UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh berkata Zahid perlu mengambil tanggungjawab kerana kegagalannya mengetuai parti tersebut dan perlu melepaskan jawatannya.

“UMNO kalah teruk di PRN semalam. UMNO kalah 100 peratus di Terengganu.

“Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” katanya dipetik laporan media.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
PRN Negeri Sembilan: UMNO mahu PH serah kerusi DUN Klawang
February 12, 2023
Negeri diperintah PAS berdepan sekatan, birokrasi Putrajaya : Hadi
May 23, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok