Tak kenang budi, dulu dia dizalimi PAS juga yang dicari: Idris

March 10, 2023 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya mengenang budi dan jasa PAS semasa dizalimi pada 1998 lalu selepas dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad itu berkata Anwar semasa 1998 mencari PAS untuk menolongnya selepas dipecat UMNO ketika itu tetapi malangnya selepas berkuasa pelbagai kecaman dan penghinaan dibuat kepada parti tersebut.

“Malam ini kita di tempat yang dulu merupakan tempat yang kita cetuskan ucapan-ucapan reformasi, tapi apa boleh buat apabila dia (Anwar) ada kuasa, dia perkecilkan macam-macam, tak ada apa, PAS ini hati besar.

“Walaupun kami pernah berbakti dengan kamu, kami pernah berjasa dengan kamu, walaupun dewan ini dewan yang mencetuskan reformasi, yang mencetuskan ledakan rakyat, tapi apabila kamu ada kuasa, apa yang kamu tidak kata kepada kami?

“Apa kamu tidak hina tok guru kami, rakyat boleh menilai, rakyat boleh tahu apa yang kamu lakukan,” katanya ketika berucap di sempena solat hajat keselamatan negara dan solidariti menentang kezaliman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar Gombak, malam tadi.

Pada himpunan solidariti malam tadi lebih 1,000 penyokong Perikatan Nasional (PN) berkumpul sebagai solidariti kepada Muhyiddin yang akan didakwa di mahkamah esok.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, bacaan yassin, solat Isyak dan solat hajat sebelum sesi ceramah oleh pimpinan PN.

Muhyiddin dalam ucapannya mengulangi bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan antara peguam yang akan mewakili Muhyiddin esok dan mempertikai mengapa pertuduhan dibuat secara tergesa-gesa walaupun siasatan masih belum selesai.

“Namun yang berlaku terhadap Muhyiddin pendakwaan telah dilakukan sebelum siasatan selesai dan dilengkapkan,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu· Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
21 jam lalu· Politik
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
3 minit lalu · Politik
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023 · Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
44 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok