Sungai Buloh bukan Parlimen selamat, tapi bahaya: Khairy

November 7, 2022 · Politik

Menteri Kesihatan kerajaan sementara Khairy Jamaluddin menyifatkan kerusi Parlimen Sungai Buloh adalah kawasan yang ‘menakutkan’ dan tidak selamat bagi semua pemimpin Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, beliau berkata kerusi Parlimen Rembau yang dimenanginya selama tiga penggal berturut-turut adalah kerusi paling selamat – walaupun berlaku dua kali tsunami politik ke atas BN pada 2008 dan 2018 – tetapi beliau tetap menang.

“Di Selangor ni tidak ada harapan langsung untuk Barisan Nasional rampas balik negeri ini. Di (Parlimen) Sungai Buloh ni sudah kalah tiga kali berturut-turut.

“Tak ada siapa daripada Barisan Nasional… UMNO yang sanggup untuk datang (bertanding) di Selangor… sebab dikategorikan sebagai kawasan yang bahaya.

“Sungai Buloh dilihat sebagai kawasan yang sangat bahaya. Pada pilihan raya lalu menang berapa (undi)? 26,000 majoriti undi dia (PH). Campur undi MIC, campur undi PAS… masih tidak cukup untuk menang,” katanya berucap pada kempen di Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, malam tadi (6 November 2022).

Kenyataan beliau sekali gus bertentangan dengan apa yang dikatakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, bahawa Sungai Buloh adalah kawasan paling selamat. Sebelum ini, Mohamad mengarahkan Khairy tidak bertanding di Rembau bagi membolehkannya mengambil alih kerusi itu.

Pada Selasa (3 November), Mohamad menangkis dakwaan bahawa tindakan parti meletakkan Khairy di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai langkah ‘membunuh’ karier politiknya.

Mohamad berkata, dakwaan itu adalah tidak benar dengan mengambil kira kerusi Sungai Buloh mengandungi jumlah pengundi Melayu yang mencecah 70 peratus dan kerusi itu adalah amat selamat.

Kerusi Parlimen Sungai Buloh itu akan menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara BN, Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Gerakan Tanah Air (GTA) serta dua calon Bebas.

Selain Khairy, calon bertanding ialah Datuk R Ramanan (PH); Mohd Ghazali Md Hamin (PN); Mohd Akmal Yusoff (GTA); Ahmad Jufliz Faiza (PRM); dan dua calon Bebas iaitu Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff serta Nurhaslinda Basri (Sifulinda).

Parlimen Sungai Buloh mempunyai 158,090 pengundi di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Paya Jaras dan Kota Damansara.

Mengulas lanjut, Khairy bagaimanapun berkata sebagai seorang pejuang beliau tidak takut apabila dihantar bertanding di Sungai Buloh.

“Saya ceritakan benda ni… sebab saya rela tinggalkan kawasan yang selamat. Kawasan yang menang tiga penggal berturut-turut walaupun dalam keadaan tsunami politik 2008 dan 2018.

“Saya bagi laluan kepada Tok Mat Ketua UMNO bahagian Rembau yang juga Timbalan Presiden UMNO. Saya dah jadi menteri di tiga kementerian. Saya dah tengah top. Jika ikutkan memang saya nak kawasan selamat.

“Tak kisahlah orang kata saya dicampak di sini untuk bunuh karier politik saya. Saya akan buktikan bila you campak ke Sungai Buloh kita (BN) akan menang. Saya tak takut… saya ni pejuang. Saya fighter. Ini cabaran besar bagi saya,” katanya.

Berita berkaitan
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
2 jam lalu· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Popular
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lagi Politik terkini
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok