Sudah lebih 24 jam, masih tiada permohonan maaf DAP kepada UMNO

June 12, 2023 · Politik

Akar umbi UMNO pasti hampa apabila tiada permohonan maaf daripada DAP walaupun dituntut oleh sayap pemudanya semasa Perhimpunan Agung (PAU) yang berakhir pada Sabtu lalu.

Gesaan dan gertakan bersemangat Pemuda UMNO semasa PAU 2023 kepada DAP supaya meminta maaf langsung tidak dihiraukan, malah disuruh pula agar ‘move on’. Mana nak letak rasa malu apabila gesaan tersebut langsung tidak dihiraukan, malah disindir pula.

Sudah lebih 24 jam berakhir PAU 2023 lalu, tidak ada satu pun pemimpin DAP yang tampil untuk meminta maaf kepada UMNO dan lebih teruk lagi tidak ada yang mahu melayan permintaan tersebut.

Lebih mengecewakan apabila gesaan Pemuda UMNO itu tidak juga disokong oleh Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menyifatkan ia sebagai isu lama yang tidak perlu ditimbulkan.

Isu dibangkitkan Ketua Pemuda, Dr Akmal Saleh adalah mengapa DAP boleh memohon maaf kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini semasa mahu mengajak mereka bersama untuk menubuhkan kerajaan.

Walaupun sudah hampir tujuh bulan lebih kerajaan campuran dibentuk, isu dibangkitkan tersebut adalah relevan kerana ia secara tidak langsung menunjukkan layanan tidak sama adil DAP terhadap UMNO.

Dengan kedegilan DAP untuk meminta maaf kepada UMNO, ia juga seakan menunjukkan parti itu tidak lagi digeruni dan dilayan sebagai sebuah parti yang hanya sekadar menumpang dalam kerajaan campuran.

Adakah taraf GPS lebih tinggi daripada UMNO sehingga DAP sanggup meminta maaf kepada parti dari Sarawak itu tetapi tidak kepada UMNO?

Apabila ketua parti sendiri pun tidak menyokong gesaan Pemuda UMNO, apa lagi yang boleh akar umbi harapkan lagi dengan parti tersebut selepas ini?

Adakah UMNO kini boleh dianggap sebagai benteng yang akan mempertahankan orang Islam dan Melayu dalam negara apabila isu permohonan maaf pun mereka tidak berani menuntut terhadap DAP?

Adakah orang Islam dan Melayu boleh mengharapkan lagi kepada UMNO untuk memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka selepas ini?

Berdasarkan senario semasa, ia sesuatu yang mustahil dapat dilakukan UMNO untuk berjuang dan menegakkan nasib orang Melayu, malah dalam isu permohonan maaf ini sudah jelas memperlihatkan parti itu semakin lemah dan tidak dihormati lagi oleh parti lain.

Lebih memalukan lagi, UMNO membuka pintu kepada para tetamu daripada semua parti dalam kerajaan campuran untuk hadir kepada PAU, ia termasuk pemimpin DAP yang masuk ke dewan keramat parti itu baru-baru ini, tetapi permintaan maaf itu pun tidak dilayan dan dianggap sebagai perkara yang remeh.

Ia adalah jelas menunjukkan hanya UMNO sahaja yang beria-ria menjemput parti-parti lain ke perhimpunan mereka dan bukannya parti-parti lain yang mahu ke perhimpunan parti tersebut.

Apakah sebenarnya UMNO mahu membuktikan kepada akar umbi mereka dengan menjemput DAP dan parti-parti lain ke perhimpunan mereka apabila permintaan yang mudah supaya meminta maaf pun tidak boleh ditunaikan?

PAU yang berlangsung baru-baru ini bukan sahaja dilihat gagal menunjukkan UMNO sebuah parti yang dihormati dan digeruni, malah keberadaan mereka dalam kerajaan campuran hanya sekadar mencukupkan syarat sahaja.

Langkah meminta permohonan maaf daripada DAP hanya sekadar sandiwara politik untuk menunjukkan UMNO masih gah dan dihormati, bagaimanapun harapan itu meleset apabila permintaan tersebut tidak dilayan sama sekali.

Malah pada hari terakhir PAU pada Sabtu, Ketua Pemuda UMNO berkata walaupun tuntutan permintaan maaf tidak dipenuhi, ia bukan alasan untuk mereka tidak bekerjasama dan membantu satu sama lain dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tidak difahami logik yang cuba disampaikan oleh Pemuda UMNO, bahkan ia menimbulkan lebih banyak kemusykilan terhadap niat awal dalam menuntut permohonan maaf kepada DAP… Adakah ia sekadar umpan kepada akar umbi untuk menunjukkan kononnya UMNO kini masih hebat dan disegani pihak lawan sekarang?

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok