SPRM siasat pendedahan saksi kes Zahid libatkan pemimpin UMNO

June 19, 2022 · Politik

Kertas siasatan akan dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan pendedahan saksi perbicaraan rasuah kes melibatkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

SPRM mengesahkan siasatan akan dijalankan terhadap beberapa individu yang dipetik dalam pernyataan saksi, ia antara lain mendedahkan beberapa nama pemimpin UMNO yang didakwa menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

“SPRM juga mengesahkan telah menerima beberapa aduan terhadap individu-individu terlibat yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan berkenaan.

“Siasatan yang akan dijalankan adalah mengikut bidang kuasa yang diperuntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009,” kata SPRM pada satu kenyataan.

Antara nama pemimpin UMNO yang dipetik saksi kes Zahid adalah bekas Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, bekas Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri UMNO Datuk Seri Anifah Aman.

Untuk rekod, semua nama yang dipetik dalam pernyataan saksi itu setakat ini belum membuat penafian berhubung dakwaan tersebut dan hanya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berani membuat kenyataan berhubung dakwaan tersebut dan menyatakan kesediaan untuk disiasat pihak berkuasa.

“Khairy menerima dana politik RM3.7 juta daripada UKSB, manakala Reezal Merican menerima dana antara RM200,000 hingga RM300,000 secara sekali daripada syarikat,” kata bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun semasa memberikan keterangan pada Jumaat.

Terdahulu, Muhyiddin menyifatkan keterangan mahkamah yang mendakwa kononnya beliau turut menerima wang tunai RM1.3 juta daripada UKSB, adalah pernyataan palsu.

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan pada tarikh yang disebut oleh saksi pendakwaan itu, beliau menjalani pembedahan kanser dan mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut.

“Tugasan saya sebagai Menteri Dalam Negeri telah diambil alih oleh Perdana Menteri (ketika itu) Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendapat liputan meluas media massa,” kata Muhyiddin.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Zahid didakwa melakukan semua kesalahan itu di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
16 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok