SPR tunggu makluman kekosongan kerusi Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

July 24, 2023 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berhubung notis kekosongan kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram susulan penyandangnya meninggal dunia.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata mesyuarat khas untuk menentukan writ penting pilihan raya, akan ditentukan suruhanjaya itu sebaik menerima notis kekosongan daripada kedua-dua speaker, menurut laporan Bernama.

“Kami tunggu pemakluman rasmi kekosongan Parlimen dari Speaker Dewan Rakyat dan DUN Johor dari Speaker Johor,” katanya hari ini.

Pilihan Raya Kecil (PRK) kedua-dua kawasan itu perlu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, semalam.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Isu dana judi, terang-terang PMX buat fitnah besar terhadap PN: Wan Saiful
May 26, 2023
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
MIC kecewa dengan Zahid, Vigneswaran dakwa dianaktirikan
August 2, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok