Sita akaun, Bersatu kemuka permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman

May 30, 2023 · Politik

Bersatu mencabar tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dua akaun banknya dengan membuat permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman.

Permohonan itu difailkan semalam melalui firma guaman Tetuan Chetan Jethwani & Co, ia antara lain perintah untuk membatalkan keputusan SPRM yang mengeluarkan perintah penyitaaan ke atas akaun Ambank dan CIMB miliknya mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Setiausaha Kerja BERSATU, Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, dinamakan sebagai pemohon mewakili Bersatu dalam permohonan itu.

Parti itu juga memohon perintah supaya SPRM menyerahkan Perintah Penyitaan Salah yang sehingga kini masih tidak pernah diserahkan kepadanya walaupun diminta berkali-kali, yang didakwa mencabul hak pemilikan harta parti berkenaan.

Turut dimohon, satu perintah supaya SPRM membebaskan keseluruhan akaun banknya daripada sebarang kekangan dan pembekuan dan selanjutnya perintah supaya CIMB Islamic Bank Bhd dan AmBank (M) Berhad membebaskan akaun berkenaan.

Selain itu, parti berkenaan memohon perisytiharan bahawa SPRM tidak boleh melanjutkan kekangan ke atas akaunnya selepas tamat tempoh 90 hari, dengan menyalahgunakan kuasa di bawah Seksyen 50 AMLATFPUAA bagi pengeluaran ‘Perintah Penyitaan Salah’ selama sembilan bulan.

Permohonan parti terbabit menamakan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki; Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin; dan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Faridz Gohim Abdullah selaku responden pertama hingga keempat.

Turut dinamakan sebagai responden ialah 15 pegawai SPRM yang menjalankan siasatan dan melaksanakan perintah penyitaan akaun berkenaan.

Bersatu mendakwa, pada 19 April lalu, akaun CIMB dan Ambank miliknya disita tanpa membuat serahan perintah mengikut Seksyen 50(1) AMLATFPUAA 2001.

Ia mendakwa, SPRM membuat kenyataan media pada 20 April lalu bahawa kedua-dua akaun disita pada 11 April lalu sedangkan suruhanjaya itu tidak pernah memaklumkan sedemikian pada tarikh terbabit (11 April).

Parti itu berkata, kenyataan media itu jelas menunjukkan perbuatan berniat jahat menggunakan media untuk melindungi bahawa Perintah Pembekuan Salah sudah pun lupus.

Dakwanya lagi, SPRM membekukan kesemua akaun miliknya secara salah berdasarkan tuduhan palsu, tohmahan dan fitnah jahat secara bersekongkol dengan pemimpin kerajaan untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan orang awam terhadap presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam perkembangan berkaitan, BERSATU hari ini berjaya mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan SPRM membekukan akaun banknya dan perintah larangan perjalanan oleh Jabatan Imigresen terhadap Muhyiddin.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
14 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok