Shahrir tak berakal, jika saya tekan butang Johor jatuh, kata Muhyiddin

November 12, 2021 · Politik

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa beliau boleh ‘menekan butang’ yang akan menyebabkan beberapa negeri tumbang dan kemungkinan terpaksa mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Namun, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau enggan berbuat demikian kerana memikirkan keselamatan rakyat tatkala pandemik Covid-19 masih menular di seluruh negeri, tidak seperti sesetengah pihak yang mementing kuasa semata-mata.

Menempelak kenyataan veteran UMNO Tan Sri Shahrir Samad yang mencabar Bersatu menarik sokongan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, Muhyiddin berkata cabaran itu kurang bijak dan berniat jahat.

Beliau menyifatkan kenyataan Shahrir itu tidak mempedulikan keselamatan rakyat Johor sekiranya PRN diadakan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata jika Bersatu menarik sokongan kepada Hasni sudah tentu PRN Johor akan diadakan, sekali gus menyebabkan keselamatan rakyat negeri itu terancam dalam keadaan pandemik Covid-19 yang menular sekarang.

Beliau tidak akan bertindak bodoh seperti segelintir pemimpin UMNO yang menarik sokongan terhadap kerajaan sendiri, dan akhirnya menyebabkan rakyat Melaka terpaksa menanggung risiko Covid-19.

“Cabaran itu berniat jahat. Shahrir nak macam mana berlaku di Melaka, berlaku di Johor.

“Jangan cabar saya. Sekarang saya boleh tekan semua butang, semua jatuh. Kamu nak itu berlaku? Saya tak takut, tapi saya fikirkan nasib rakyat Johor.

“Tengok di Melaka. Jahat. Kerajaan sudah ada. Dia sendiri tumbangkan. Shahrir cabar Bersatu tarik sokongan supaya pemimpin itu jatuh,” katanya pada sidang media di Jasin, Melaka, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Shahrir semalam, yang mencabar Bersatu menarik sokongan kepada Hasni.

Ini susulan Muhyiddin ketika berucap pada satu majlis di Shah Alam, semalam, menyifatkan UMNO sebagai parti yang mementingkan diri sendiri, walaupun ketika rakyat berdepan ancaman Covid-19.

Muhyiddin berkata, pemimpin politik sewajarnya memikirkan soal rakyat dalam tempoh sukar ketika ini, selain mendakwa cabaran Shahrir dibuat kerana beliau marah akibat tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Takkan saya nak buat di Johor, bodohlah saya. Cabaran itu sangat tidak munasabah. Kenyataan politik yang amat tidak bertanggungjawab. Sepatutnya, orang Johor marah Shahrir.

“Sorry to say he has lost his bearing. Dia cuma peduli tentang kuasa. Dia kalah pada PRU lepas… jadi dia marah sebab dia kalah. Kalau nak balas saya boleh buat, tetapi saya kesian dengan rakyat Melaka,” katanya.

Cabaran Shahrir bagaimanapun dilihat sebagai usaha beliau untuk kembali menjadi wakil rakyat dengan bertanding mana-mana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya PRN Johor diadakan, setelah kalah pada PRU 2018 lalu.

Pada PRU14 lalu, Shahrir yang juga orang kuat UMNO dan Pengerusi Felda ketika itu kalah di Parlimen Johor Bahru kepada pendatang baharu Akmal Nasir daripada PKR dengan mendapat 30,270 undi, berbanding 50,052 undi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
16 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok