Shahidan pilih pertahan Arau atas tiket PN

November 3, 2022 · Politik

Datuk Seri Shahidan Kassim yang digugurkan Barisan Nasional (BN) daripada senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Arau atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Difahamkan pengumuman rasmi akan dilakukan di Kompleks PAS Perlis, Kangar malam ini.

Shahidan yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau itu berkata keputusan itu dibuat kerana melihat PN boleh menjadi platform yang mampu menyatukan UMNO, PAS dan Bersatu.

“Saya akan bertanding atas satu parti yang berasaskan UMNO, PAS dan Bersatu yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara walaupun UMNO pun memperjuangkan agama, bangsa dan negara namun ia kini dipimpin oleh seorang yang mengkhianati keputusan Bahagian terutama di Arau.

“Jadi kalau perkiraan ini diambil untuk menjadi pemimpin, saya kira tak layaklah kerana saya sudah menjadi pengarah pilihan raya sebanyak lima kali dan kami tidak pernah ganggu bahagian masing-masing.

“Tetapi calon (UMNO-BN) yang bertanding kali ini sangat menyedihkan apabila tiada satu senarai calon yang dikemukakan oleh Bahagian dipilih,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Datuk Seri Shahidan Kassim di Kubang Gajah, hari ini, lapor BH.

Sebelum ini, Datuk Rozabil Abd Rahman dicalonkan BN bagi Parlimen Arau manakala Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Fathin Amelina Fazlie dari PKR.

Berita berkaitan
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023· Politik
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023· Politik
Polis akan panggil penganjur himpunan Selamatkan Malaysia desak dakwa Zahid
September 16, 2023· Isu semasa
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
8 jam lalu · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
8 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
8 jam lalu · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
16 jam lalu · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok