Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman

December 5, 2023 · Politik

UMNO diyakini tidak hilang kepercayaan orang Melayu seperti didakwa banyak pihak selepas kekalahan besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman baru-baru ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu senada dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan kekalahan PRK Kemaman bukan satu referendum rakyat terhadap kerajaaan campuran selepas kekalahan teruk kepada calon Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berpuas hati dengan prestasi sokongan rakyat kepada calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Parlimen Kemaman, Sabtu lalu.

“Tidak juga (berhubung UMNO dilihat masih sukar mendapatkan semula sokongan rakyat)… kalau kita tengok peratusan undi, ada sedikit penyusutan undi PAS.

“Tetapi nampak (pengundi) UMNO belum dapat… belum keluar (mengundi dan ini) mungkin patut diberi penjelasan.

“Semalam, kita ada mesyuarat antara pimpinan PH dengan UMNO. Saya berpuas hati, nampak mereka kerah ke akar umbi,” katanya dipetik laporan BH.

Zahid semalam dipetik media berkata sokongan yang diterima calon PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu masih dianggap kecil yang hanya mewakili 141,00 pengundi dan di satu kawasan Parlimen sahaja.

“Kita tidak boleh anggap sebagai referendum kerana itu satu kepompong kecil di Kemaman.

“Mana mungkin 141,000 pengundi di Kemaman dianggap sebagai satu referendum? Jadi kita harap mereka tidak bermimpi di siang hari,” katanya.

Calon UMNO,Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mendapat 27,778 undi dalam PRK Parlimen Kemaman.

Bekas Panglima Angkatan Tentera itu tewas dengan pesaing dari Pas iaitu Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri yang mendapat 64,998 undi.

Majoriti yang diperoleh Ahmad Samsuri itu melebihi 10,041 undi berbanding penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid yang memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
3 jam lalu· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
20 jam lalu · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok