Semua petugas SPR negeri sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Pengerusi

August 9, 2022 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menanti paluan gendang pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diumumkan dan segala persediaan sudah diambil bagi memastikan ia berjalan dengan lancar

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata bagaimanapun hanya Agong sahaja yang boleh membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan tetapi semua petugas setiap negeri sudah diberikan latihan secukupnya untuk memastikan proses demokrasi negara itu berjalan dengan baik.

“Dari aspek perundangan, Fasal (2) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hanya Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

“SPR telah mengambil segala inisiatif yang perlu merangku­mi segala aspek urusan belan­jawan, logistik, keperluan per­kakasan dan sistem ICT, pengurusan sumber manusia serta latihan kepada petugas,” kata­nya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Abdul Ghani juga berkata sejumlah 21.1 juta pemilih layak me­ngundi dengan jangkaan per­belanjaan mengurus pilihan raya lebih kurang RM1 bilion.

Menurut Abdul Ghani, setelah Parlimen dibubarkan, maka dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itulah pilihan raya mesti diadakan berdasarkan kepada Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan. Di peringkat inilah salah satu daripada tiga fungsi dan tanggungjawab SPR di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan bermula.

Jelasnya, persediaan ini penting bagi memastikan pe­ngendalian penjalanan pilihan raya kelak adalah lancar, sempurna dan teratur terutamanya dalam tempoh fasa peralihan ke endemik ini.

Beliau menjelaskan, seramai 5,718,760 orang pemilih telah didaftarkan selepas pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemi­lih secara automatik dikuatkuasakan pada 15 Disember tahun lalu melalui pewartaan penetapan tarikh permulaan kuat kuasa Seksyen 3 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Menurutnya, jumlah 5,718,760 pendaftar adalah meliputi semua warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas direkodkan sehingga 31 Disember 2021.

Seterusnya, kata beliau, semua warganegara yang mencapai umur 18 tahun akan didaftarkan sebagai pemilih dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) yang diperaku dan diwartakan setiap bulan.

Sehingga DPT Bulan Jun 2022 yang diperaku dan diwartakan pada 19 Julai 2022 yang lalu, jumlah keseluruhan pemilih ialah 21,136,265 orang.

SPR amat menggalakkan orang ramai untuk membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih di portal rasmi SPR iaitu https://www.spr.gov.my atau https:­//mysprsemak.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau meng­hubungi Hotline SPR di talian 03- 8892 7018.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
9 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok