Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS

September 28, 2022 · Politik

Timbul spekulasi berkemungkinan Parlimen dibubarkan selepas sidang Dewan Rakyat selesai membentangkan Bajet 2023 yang bakal berlangsung padaa 7 Oktober ini.

Beberapa Ahli Parlimen (MP) nampaknya memberi bayangan dan isyarat tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan tahun ini juga, malah tidak menolak ia boleh diadakan walaupun ketika negara bakal berdepan bencana banjir.

Malah, tarikh pembentangan Bajet 2023 yang diawalkan berbanding kebiasaan sebelum ini juga sudah mencetuskan khabar angin kuat kemungkinan Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen sebaik selesai membentangkannya.

Dalam satu hantaran di Facebook, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang juga MP Pasir Mas berkata berharap beberapa rang undang-undang yang penting dapat dibentangkan sebelum dibubarkan Parlimen.

“Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Parlimen hari ini.

“Semoga sempat dibentang dengan selamatnya di Dewan Rakyat sebelum bubar (Parlimen),” katanya semalam.

Beberapa RUU penting bakal dibentangkan pada sidang yang akan berlangsung kali ini, ia termasuk berkaitan pendanaan parti politik selain pembentangan Bajt 2023 yang memerlukan undian di Dewan Rakyat untuk diluluskan.

Terdahulu, veteran DAP, Lim Kit Siang juga membangkitkan kebimbangan PRU-15 akan diadakan selepas bajet dibentangkan dan meminta jaminan daripada Perdana Menteri untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum sesi Dewan Rakyat selesai membahaskan perkara penting melibatkan kebajikan rakyat khususnya.

Untuk rekod, Bajet 2023 akan dibentang di Dewan Rakyat tiga minggu lebih awal pada 7 Oktober ini berbanding tarikh asal 28 Oktober.

Spekulasi kuat mengatakan PRU-15 akan diadakan selepas Bajet 2023 dibentang, malah sebelum ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tinggal tidak lama lagi pilihan raya akan diadakan.

Ismail Sabri bagaimanapun sehingga kini masih berahsia mengenai tarikh pembubaran Parlimen, malah laporan media hari ini memetiknya berkata masih belum mendapat ilham berhubung tarikh PRU-15.

Dalam pada itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya masih berterusan memberi tekanan agar PRU-15 diadakan dengan segera dan menyifatkan pembangkang sebagai penakut kerana tidak mahu ia disegerakan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Khaled tak tanding kerana takut kalah tapi kata Bersatu tak kuat
January 29, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
5 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok