Semangat politik pengundi muda masih buat PN

August 12, 2023 · Politik

Daripada perbualan dalam media sosial hinggalah peniaga muda yang berniaga di pasar malam, kita dapat lihat kesedaran politik dalam kalangan belia telah meningkat di Malaysia.

Kesedaran ini lebih ketara sejak 2008, apabila pilihan raya umum pada tahun itu berkesudahan dengan parti pembangkang memenangi 82 kerusi parlimen, sekali gus memastikan Barisan Nasional gagal meraih majoriti super – atau dua pertiga undi buat julung-julung kali sejak 1969.

Dalam pada itu,  pola pengundian orang Melayu dalam enam pilihan raya negeri (PRN) dilihat dimonopoli oleh  pengundi muda terutamanya kelompok Undi18 dan pengundi pertama kali antara faktor yang membawa keberuntungan PN memenangi kerusi-kerusi di kawasan Melayu serta menerobos kubu-kubu UMNO-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana kemampuan PN menggunakan media sosial terutamanya aplikasi TikTok serta media sosial yang lain ketika berkempen dengan kreatif dan berkesan.

Kedua, kegagalan semua parti termasuk PN untuk memahami hasrat dan kemampuan pengundi ini secara mendalam dengan menyangka mereka senang dipengaruh dan sudah ada pilihan tetap; suatu yang sudah dibaiki oleh semua parti ketika ini walaupun PN lebih mendepaninya dalam keadaan yang tidak disangka ketika PRU15.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 9,773,571 pemilih layak mengundi pada PRN 12 Ogos depan membabitkan pengundi berusia 21 hingga 29 tahun yang mencatat seramai 2,169,120 (22.19 peratus), diikuti pengundi berusia 30 hingga 39 tahun iaitu seramai 2,163,982 orang (22.14 peratus).

Bagi pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun pula, statistik merekodkan golongan terbabit adalah seramai 661,905 orang atau 6.77 peratus.

Undian kali ini juga mengambil kira peratusan pulang atau keluar mengundi rendah, di samping kemungkinan berlaku ketepuan undi akar umbi kepada parti-parti bertanding akan menyebabkan pemindahan undi (vote transfer).

Kemungkinan undi pindah berlaku secara marginal atas beberapa faktor (boikot, protes, undi rosak), maka mengharapkan undi teras (core vote) membantu parti untuk menang adalah sangat berisiko.

Undi teras mungkin boleh diperoleh dan dikawal oleh parti masing-masing. Setiap parti jelas tahu dan ada kaedahnya tersendiri. Namun kelompok muda berbeza.

Kelompok ini adalah pengundi atas pagar dan jalur tengah, tidak berparti, tidak terikat dengan budi dan tanpa bebanan realiti. Namun mereka tetap pengundi berharga yang sukar didekati berbanding pengundi akar umbi.

Dengan perubahan pasca PRU15, sentimen pengundi muda juga dijangka berubah selaras dengan sifat kelompok ini yang dinamik dan progresif.

Yang jelas, pengundi muda akan sekali lagi menjadi penentu PRN selain sentimen pengundi Melayu. Dengan jangkaan pengundi Melayu masih kuat untuk PN, undi pengundi muda mungkin kembali terbuka untuk direbutkan.

Sementara itu, kajian terbaharu Ilham Centre menunjukkan pola pengundian pengundi muda seperti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu dijangka kekal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Menurut Ilham Centre, berdasarkan kajian, pengundi muda dijangka kekal cenderung memilih Perikatan Nasional (PN).

Kaji selidik yang dilakukan firma itu mendapati program Temu Anwar, pemberian e-wallet Belia RM200 dan sebagainya masih belum cukup kuat untuk menarik sokongan pengundi muda.

Menurut Ilham Centre, ternyata maklumat yang ditemui dalam kajian ini membuktikan pola itu masih kekal dan PH menghadapi cabaran untuk menganjak dan menarik sokongan pada segmen ini.

Walaupun PMX begitu agresif berdialog dan turun bertemu anak muda di kampus, ternyata ia belum memadai untuk merubah secara peratusan besar menukar sokongan mereka kepada parti pemerintah.

Kaji selidik yang dilakukan juga mendapati pengundi muda tidak kekok berkongsi kecenderungan politik mereka secara terbuka malah kini lebih jelas menunjukkan pendirian politik masing-masing.

“Tiada istilah undi adalah rahsia, mereka merasa selesa menzahirkan sikap dan sokongan dalam PRN kali ini.

“Kecenderungan membuat keputusan mereka berbeza berdasarkan demografi, psikografi dan lokaliti,” kata Ilham Centre dalam satu kenyataan.

Berita berkaitan
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023· Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
SPR tentukan tarikh penting PRK DUN Jepak pada 25 Sept
September 19, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok