Selepas PAS sertai PN, formula pengagihan kerusi tak lagi terpakai

June 8, 2022 · Politik

Keputusan PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) menyebabkan formula pengagihan kerusi sebelum ini yang dipersetujui dengan UMNO tidak lagi terpakai.

Perkara itu disahkan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata sebelum ini sememangnya sudah ada persefahaman dengan PAS melibatkan pembahagian kerusi, bagaimanapun ia tidak lagi boleh diguna pakai memandangkan parti itu sudah menyertai gabungan politik lain.

“Dari segi pengagihan kerusi, itu dulu, betul masa MN (Muafakat Nasional) dulu. Tetapi sekarang ini bila dah PAS dah masuk PN, jadi formula ini kita tidak boleh pakai lagilah.

“Apa-apa terpulang kepada pucuk pimpinanlah. Kalau MN tak ada dah besok, tak adalah pakai formula ini. Kalau kata kita pergi solo, kita ikutlah,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Formula yang dipersetujui adalah mana-mana kerusi yang dimenangi calon PAS atau UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kekal ditandingi calon daripada parti terbabit.

Dari segi pengagihan kerusi MN di Selangor sebelum ini, terdapat persetujuan mana-mana kerusi dimenangi atas tiket UMNO tetapi calonnya meninggalkan parti dengan menyertai Bersatu, kerusi terbabit wajib diserahkan semula kepada UMNO.

Untuk rekod, pada 20 Mei lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerjasama UMNO dan PAS menerusi MN sebagai ‘nyawa-nyawa ikan’.

Jelas Noh, pihaknya akur dengan keputusan pucuk pimpinan dan setakat ini masih menunggu keputusan muktamad dibuat kepimpinan tertinggi parti.

“Keputusan muktamad kita akan tunggu daripada pucuk pimpinan, tetapi kita dari segi kawan dan hubungan silaturahim, kita buat kerjasama. Apa salahnya, kalau hari raya dia datang, kalau ada program dia nak datang, datanglah,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
9 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok