Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak

September 28, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menggesa supaya kerajaan segera mengambil langkah menangani isu inflasi dihadapi rakyat dan kejatuhan nilai ringgit, malah mahu membahaskan isu tersebut di Parlimen nanti.

Gesaan Ketua Pembangkang itu hadir selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin membangkitkan isu sama, malah sudah memberi cadangan menerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan.

Dalam kenyataannya, Presiden PKR itu mendakwa dua isu tersebut sebagai penting kerana ia memberi kesan kepada kehidupan rakyat, perkara sama dibangkitkan oleh Muhyiddin sebelum ini tetapi sebaliknya pemimpin UMNO menunding jari menyalahkan kegagalan itu kepada MPN walaupun tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk menanganinya menerusi pelaksanaan.

Malah, peningkatan inflasi dan kejatuhan nilai ringgit ketika ini adalah terburuk jika dibandingkan semasa era penularan Covid-19 tetapi Anwar bersama anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih bersepakat untuk menjatuhkan kerajaan diterajui Muhyiddin sebelum ini.

Malah episod krisis politik dengan mendakwa kerajaan sebelum ini gagal tidak pula dibangkitkan oleh pembangkang seperti sebelum ini dilakukan oleh Anwar bersama Zahid.

“Saya telah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat bagi mengambil tindakan segera untuk menangani krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan parah mata wang negara yang menjejaskan kehidupan rakyat.

“Permasalahan ini ternyata amat mengesankan rakyat serta negara dan ia perlu ditangani dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar mahu isu inflasi dan kejatuhan nilai ringgit dibahas semasa sesi sidang Dewan Rakyat nanti, malah sudah mengutuskan usul berhubung perkara tersebut.

“Justeru itu, saya mencadangkan sama ada kerajaan untuk membawa usul khas terkait permasalahan ini atau memberi laluan kepada saya selaku Ketua Pembangkang untuk mengemukakannya.

“Saya turut mencadangkan agar permasalahan ini diberi keutamaan untuk dibahaskan dalam minggu pertama sidang parlimen yang akan bermula 3 Oktober depan,” katanya lagi.

Terdahulu, Muhyiddin menggesa kerajaan memandang serius isu kejatuhan nilai mata wang ringgit dan mencari langkah segera bagi mengelak ia menjadi lebih parah.

“Isu kejatuhan nilai ringgit juga tidak dipandang serius. Perdana Menteri tidak tampil menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membendung kejatuhan nilai ringgit.

“Malah dikatakan ini bukan masalah besar. Kononnya, Malaysia tidak berada dalam krisis. As if everything is okay.

“Saya tahu tidak semuanya okay di luar sana,” katanya sebelum ini.

Jelas Muhyiddin, kejatuhan ringgit memberi kesan secara langsung terhadap harga barang makanan memandangkan nilai import makanan sahaja mencecah RM63 bilion dan perkara ini pastinya bukan sesuatu yang baik kepada rakyat.

“Malaysia mengimport sebahagian besar bahan makanan. Tahun lalu, nilai import bahan makanan sahaja mencecah RM63 bilion.

“Jika nilai ringgit terus merudum, harga barangan makanan akan menjadi lebih mahal.

“Is this okay? No, it is not okay,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata semua faktor ini tidak dipandang sebagai isu penting yang perlu ditangani dan mungkin disebabkan faktor tersebut rakyat yang berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya 35 peratus.

“Nampaknya, Perdana Menteri tidak memandang semua isu ini sebagai sesuatu yang penting.

“Mungkin kerana itulah hanya 35 peratus rakyat berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri pada masa ini. Aspek pengurusan ekonomi negara mencatatkan prestasi terburuk dengan hanya 18 peratus berpuas hati,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Rundingan kerusi PH dengan UMNO-BN belum selesai, jangka minggu depan
June 30, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok